Gedung IKEA Cheras Di MyTown Shopping Centre Kuala Lumpur

Selain dari gedung IKEA Damansara, satu lagi lokasi popular untuk gedung peralatan rumah ini ialah IKEA Cheras Di MyTown Shopping Centre Kuala Lumpur. Ia terletak berdekatan dengan Bulatan Kampung Pandan dan berada dalam jajahan kawasan Cheras. Tak jauh, kalau dari pusat bandar Kuala Lumpur hanya 4 km dan ia hanya memakan masa selama sekitar 10 minit pemanduan.

Berbanding dengan lokasi IKEA Damansara, ia terletak sekitar 14 km dan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit pemanduan dengan kereta. Nak lebih cepat boleh gunakan laluan LRT dan Monorail untuk ke IKEA Cheras.

IKEA Cheras Di MyTown Shopping Centre Kuala Lumpur
 

ikea cheras di mytown
 

Ruang parkir untuk IKEA Cheras di MyTown Shopping Centre ni agak luas juga. Setakat ini, beberapa kali singgah di sini, tidak perlu lama untuk cari ruang parkir, tidak seperti IKEA Damansara. Di sini, boleh pilih untuk parkir di basement atau ruang parkir MyTown yang terletak di tingkat atas.

Untuk harga parkir juga, rasanya tidak la mahal dan ia berpatutan. Di tambah dengan kawalan keselamatan, boleh dikatakan agak selesa untuk singgah membeli belah di sini, IKEA Cheras di MyTown.
 

ikea cheras di mytown

ikea cheras di mytown
 

Seperti biasa, bagi MrJocko, kalau ke IKEA, antara sebabnya ialah untuk terapi diri dalam mengambil mood untuk ubah suai rumah. Tiru idea IKEA dengan peralatan perabut yang dijual di sini, kadang-kadang simple tetapi beri impak rekaan dalaman yang cantik dan murah.

Jangan kata orang perempuan, orang lelaki pun suka kalau singgah tengok perabut di IKEA. Betul tak? Sesetengah peralatan perabut di IKEA, cantik, murah dan senang sahaja untuk di pasang DIY di rumah, tanpa guna khidmat pro.

Selain dari ruangan pameran perabut, peralatan rumah dan banyak lagi kelengkapan lain, Ikea terkenal dengan menu Swedish Meatballs yang memang unik dan sedap.
 

ikea cheras di mytown

ikea cheras di mytown

ikea cheras di mytown
 

Baca : MrJocko dan Shopping Mall

Sebab itu, kalau ke IKEA, pastinya menu yang ramai cari ialah menu Swedish Meatballs Ikea yang sedap. Untuk info, harga Swedish Beef Meatballs cuma MYR11.30 untuk 10 pcs. Kalau nak rasa Chicken Meatballs, harganya cuma MYR9.90 untuk 10 pcs.

Ada menu lain yang boleh korang cuba termasuk menu BBQ Beef Short Ribs dengan harga cuma MYR36.90 dan juga Fried Chicken Wings MYR15.50 untuk 6 pcs. Tak lupa menu untuk kanak-kanak dan juga salad untuk yang suka menu Vegetarian.

Maklumat tentang IKEA Damansara, boleh layari laman web IKEA Malaysia atau laman Facebook IKEA Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.