Menu Steak Terbaik Mr Beef Builder Di The Billboard KL

Hits: 1766

Steak antara menu yang popular dikalangan peminat makanan. Steak juga antara lambang menu mewah yang mungkin menjadi idaman setiap peminat daging. Kat mana nak cari menu steak sedap di Kuala Lumpur? MrJocko ada jawapan selepas merasai sendiri kenikmatan Menu Steak Terbaik Mr Beef Builder Di The Billboard KL.

Restoran The Billboard KL terletak di Sungai Penchala, bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara Puchong berdekatan dengan showroom kereta Honda Sungai Penchala. Untuk ke sini, anda perlu ambil jalan Sungai Penchala, supaya tidak sesat atau terbabas hingga ke Damansara.

Menu Steak Terbaik Mr Beef Builder Di The Billboard KL
 

Restoran The Billboard KL
 

Pertama kali sampai di Restoran The Billboard KL, teruja kerana lokasinya simple tetapi menarik. Nama Billboard itu sendiri, datang dari lokasi restorannya yang terletak betul-betul dibawah Billboard iklan di tepi jalan besar.

Ruang parkir sekitar Restoran The Billboard KL juga agak luas. Jangan risau, ruang dalaman, meja dan kerusi boleh memuatkan sehingga 200 orang dengan selesa. Ada Ruang Solat yang selesa dan tandas yang bersih. Ini kerana, The Billboard KL bukan sahaja menjaga kualiti makanan mereka tetapi keselesaan pelanggan mereka.
 

Restoran The Billboard KL

Restoran The Billboard KL

Restoran The Billboard KL
Pasta The Billboard
Restoran The Billboard KL
Lamb Shank

Restoran The Billboard KL

Restoran The Billboard KL
Nasi Goreng

Restoran The Billboard KL
 

Kali ini, MrJocko mencuba sendiri menu terkenal mereka yang diberi jolokan Mr Beef Builder. Menu steak ini adalah kombinasi Steak yang terbaik dihidangkan dalam satu plate untuk 3 – 4 orang. Berbaloi dengan harga RM135, menu Mr Beef Builder adalah memu signature dan terbaik di The Billboard KL.

Untuk yang nak makan Pasta, jangan risau, di sini ada banyak jenis pasta untuk anda pilih. Yang menjadi pilihan utama MrJocko, sudah pasti Aglio Olio yang memang sedap.
 

Restoran The Billboard KL

Restoran The Billboard KL
 

Untuk yang suka makan kambing, mungkin boleh cuba Lamb Shank. Menu kat sini, jauh lebih murah dari menu premium di tempat lain. Tak caya boleh jengok sendori di The Billboard KL. Portion menu di sini sebenarnya boleh dikongsi berdua. Jangan malu-malu, sebab datang makan di The Billboard KL boleh cuba pelbagai menu dengan harga berpatutan.

Baca : MrJocko dan Food Review
 

Restoran The Billboard KL

Restoran The Billboard KL

Restoran The Billboard KL
 

Dalam banyak menu di sini, termasuk steak, pasta, burger, lamb shank, side orders, pastry dan macam-macam lagi, menu Mr Beef Builder adalah menu terbaik pernah MrJocko cuba setakat ini. Daging yang dimasak special ini, lembut dan cair dalam mulut. Sangat-sangat sedap…

Nak tahu aktiviti lain, gambar menarik serta menu terbaru yang dihidangkan di The Bilboard KL, boleh layari laman Facebook The Billboard KL atau Instagram @TheBillboardKL

One Comment on “Menu Steak Terbaik Mr Beef Builder Di The Billboard KL”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.