Pasar Malam Bangkok Lubuk Baju Bundle Workshirt Dengan Harga Murah

Bundle antara pilihan ramai peminat baju berjenama di kampung MrJocko masa zaman remaja. Hingga kini, baju bundle dari Thailand, antara pilihan ramai peminat, die hard fans, collector dan juga yang kaki bundle. Ramai yang mungkin tahu, Pasar Malam Bangkok Lubuk Baju Bundle Workshirt Dengan Harga Murah. Kalau pandai cari, boleh dapat dengan harga cuma THB100 sahaja untuk sehelai.

Jenis baju bundle T-Shirt round neck mungkin dah biasa. Tetapi, ramai yang tidak tahu, baju bundle workshirt dari Thailand antara pilihan ramai peminat dan collector. Ini kerana, selain ia mempunyai kolar, ia juga punyai ‘patch’ yang dijahit di hadapan atau belakang dengan logo jenama yang cantik dengan nama tertentu.

Pasar Malam Bangkok Lubuk Baju Bundle Workshirt
 

Pasar Malam Bangkok Lubuk Baju Bundle Workshirt
 

Kalau nak tahu lokasi Pasar malam ni kat mana, boleh baca di entry sebelum ini di post http://www.mrjocko.com/2016/02/train-night-market-bangkok.html

Kalau di pasar malam di Bangkok, ada banyak kedai yang menjual t-shirt berkolar jenis baju bundle workshirt seperti ini. Antara yang gila membeli dan mengumpul jenis baju bundle seperti ini ialah pelancong dari Malaysia.
 

Pasar Malam Bangkok Lubuk Baju Bundle Workshirt

Pasar Malam Bangkok Lubuk Baju Bundle Workshirt
 

Untuk info, jenis lubuk baju bundle workshirt seperti ini di cari kerana keunikkan dan jenis baju yang rare dan susah dijumpa. Ada baju jenis ini, kalau keluaran untuk ‘artis’ atau kumpulan muzik, harganya boleh mencecah hingga ratusan hingga ribuan ringgit.

Kena pulak, nama patch yang dijahit di baju punyai nama seperti nama pemilik, sudah pasti ia akan dibeli dan di simpan sebagai koleksi peribadi. Selain dari patch nama, kadang-kadang ia tertera brand atau nama kumpulan muzik. Ia mungkin koleksi original ataupun koleksi ‘fanatik’ yang di jahit sendiri.

Untuk nilai sebenar baju bundle workshirt di Thailand ini, MrJocko tak la pandai sangat. Tetapi sebagai info asas, tahu la juga bahawa jenis baju bundle seperti ini memang di cari di Thailand, khususnya di pasar malam atau di jualan longgok.

Kalau nak cari barangan lain di Bangkok, mungkin boleh dapatkan info yang lebih menarik di entry ini https://www.thethailandlife.com/best-bangkok-markets.

Selian dari syurga makanan dan syurga perempuan, Bangkok juga adalah syurga untuk kaki shopping, termasuk membeli barangan bundle yang berkualiti dengan harga yang sangat murah.

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.