Review Restoran Panggang BBQ Thai Fusion di Shah Alam

Hits: 584

Menu yang unik, bukan senang nak cari. Sebab kebanyakkan menu makanan yang ada adalah menu masakan resipi biasa yang ditambahbaik dan ditiru. Tetapi, untuk beberapa menu di restoran ini, ada beberapa menu best yang fress boleh anda cuba.
Minggu ni, MrJocko berpeluang untuk Review Restoran Panggang BBQ Thai Fusion di Shah Alam.

Menu Panggang adalah menu utama di sini dengan tambahan menu masakan ala Thai. Highlight untuk kali ini, di Restoran Panggang BBQ Shah Alam ini, menu yang dipanggang antara yang menarik minat MrJocko.

Restoran Panggang BBQ Shah Alam
 

Restoran Panggang BBQ
 

Kali ini, MrJocko bersama Kru makan travelogue, You Eat We Pay singgah di Restoran Panggang BBQ di Shah Alam untuk program terbaru kami. Sudah pasti, antara acara utama di sini ialah review menu makanan dan juga penggambaran untuk Episode Pilot kami.

Antara menu utama bagi Panggang, ialah Panggang Platter yang mana di dalam hidangan ini mempunyai Udang, Kepak Ayam, Daging dan juga Sotong. Tidak ketinggalan, menu Kambing Panggang yang dihidang bersama Nasi Goreng dan juga Cabornara Lamb yang memang sedap.
 

Restoran Panggang BBQ

Restoran Panggang BBQ Shah Alam

Restoran Panggang BBQ Shah Alam

Restoran Panggang BBQ Shah Alam

Restoran Panggang BBQ Shah Alam

Restoran Panggang BBQ Shah Alam

Restoran Panggang BBQ Shah Alam
 

Baca : MrJocko dan Review Menu Restoran

Host rancangan ini, Issey Fazlisham, seorang pelakon, pelawak dan juga penyampai radio berselera merasai pengalaman makan menu-menu sedap di Restoran Panggang BBQ Shah Alam, termasuk menu masakan ala Thai yang terkenal.

Tetamu kami, 3 pemenang peraduan ‘You Eat We Pay’ yang telah terpilih untuk merasa sendiri menu makanan Western yang telah kami anjurkan pada Sabtu, 7 Julai 2018 yang lalu. Pemenang bertuah akan kami bawa untuk merasa sendiri menu idamana mereka dang segala kos menu tersebut, akan di bayar oleh produksi makan Travelogue Your Eat We pay.

Untuk menu Ala Thai, mereka turut menyediakan menu masakan Nasi Goreng, Ikan Siakap Stim, Ketam Masak Pedas, Sayuran Kailan dan Kangkung Belacan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang menu dan tempahan, boleh dapatkan informasi lanjut di laman web Restoran Panggang BBQ Shah Alam atau laman Facebook Panggang BBQ

Restoran in dibuka setiap hari bermula jam 6.00 petang hingga ke lewat malam. Untuk alamatm boleh tuju ke alamat Restoran Panggang BBQ, Lot 2-G, Jalan Kristal 7AR/AR, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Talian telefon 018 372 3317.

Oh ya, kalau nak turut serta, jangan lupa Subscribe Youtube, Like Fanpage dan Follow Instagram @YouEatWePay

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.