Best Ke Shopping Kat Genting Premum Outlet Pahang

Hits: 444

Sebut tentang Premium Outlet, di Malaysia hari ini ada satu lagi pusat membeli belah berkonsepkan Premium Outlet dibuka di pusat peranginan Genting Highland, Pahang Darul Makmur. Bagi yang belum sempat ke sana, akan bertanya, Best Ke Shopping Kat Genting Premum Outlet Pahang?

Best atau tidak sebenarnya bergantung kepada bajet untuk anda nak shopping. Kalau ada banyak duit, pasti la best bila shopping di sini. Maklumlah, di Genting Premium Outlet Pahang ini ada lebih dari 150 butik berjenama dengan menawarkan tawaran diskaun sehingga 65% hampir setiap hari.

Genting Premum Outlet Pahang
 

Genting Premium Outlet
 

Kalau tiba musim ‘membeli belah’ dan musim perayaan, ada banyak butik di sini menawarkan harga murah dengan tawaran diskaun sehingga 90%. Ya!!! Memang murah,,,

Untuk info, Genting Premium Outlet (GPO) adalah mempunyai rangkaian jenama francais yang sama dengan Johor Premium Outlet (JPO) di Johor. Dengan banyak persamaan termasuk struktur susunan bangunan, susuan kedai dan juga senarai buti yang ada di dalam Premium Outlet ini.
 

Genting Premium Outlet

Genting Premium Outlet

Genting Premium Outlet

Genting Premium Outlet

Genting Premium Outlet
 

Untuk kali ni, MrJocko dan keluarga sekadar datang untuk lihat dulu apa yang ada. Lagipun, sekarang bukan musim untuk shopping. Duit pun bukan banyak lagi ni. Tunggu la bila tiba musim diskaun musim ‘festive season’ seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baru, Tahun Baru Cina dan beberapa lagi musim perayaan lain, harga mesti murah.

Lagipun, musim kali ni bukan musim bonus. Kena tunggu ada duit baru la rasa best nak shopping.
 

Genting Premium Outlet

Genting Premium Outlet

Genting Premium Outlet

Genting Premium Outlet
 

Untuk tawaran harga biasa di Genting Premium Outlet, rasanya hampir sama dengan harga biasa di Kuala Lumpur. Setakat ini, rasanya harga di sini tak murah lagi seperti harga di JPO atau di Gotemba Premium Outlet di Tokyo. Atau mungkin MrJocko belum jumpa kedai yang best di sini?

Selalunya, kedai di Premium Outlet, butik Adidas, Nike, Coach, Puma, Levis dan beberapa kedai lagi menjadi tumpuan. Tapi di Genting Premium Outlet, tak la ramai sangat serbu kedai-kedai tersebut.

Apa lagi yang menarik di sini, layari laman web rasmi Genting Premium Outlet Pahang.

Ia dibuka setiap hari, hari Isnin hingga hari Ahad dari jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam dengan keluasan sehingga 150 kedai dan butik terkenal dunia.

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.