Tips Sewa Bilik AirBNB Di Australia Jaga Tata Tertib Hormat Tuan Rumah

Hits: 584

Satu perkara yang mungkin ramai tidak perasa bila menggunakan servis sewa bilik atau apartment murah menggunakan AirBNB. Lain negara, mempunyai adab dan tata tertib yang berbeza. Kali ini, MrJocko nak kongsi sedikit Tips Sewa Bilik AirBNB Di Australia, supaya kita Jaga Tata Tertib Dan Hormat Tuan Rumah semasa menginap di rumah mereka.

Menginap di bilik atau rumah AirBNB bukan seperti kita menyewa bilik di hostel atau hotel. Ini kerana, AirBNB menyediakan servis penginapan yang jauh lebih murah dengan kemudahan fasiliti asas yang minimun dengan beberapa peraturan asas yang patut ‘penyewa’ ikuti.

Baca entry pasal Sewa Bilik AirBNB di Perth

Tips Sewa Bilik AirBNB Di Australia
 

tips sewa airbnb di Australia
 

Walaupun kami berpeluang menginap di AirBNB Perth hanya semalam, tetapi ada banyak perkara yang kami pelajari. Tips sewa bilik AirBNB di Australia ini mungkin berguna untuk anda yang belum pernah mengalaminya.

Antara Tips yang kami ikut ialah seperti :

1. Maklumkan lebih awal kepada pihak Tuan Rumah tentang bila waktu kita tiba di lokasi mereka, supaya senang untuk mereka bersedia.

2. Maklumkan juga berapa orang yang akan menginap supaya pihak Penyewa senang menyediakan tempat atau kemudahan tilam.

3. Meminta kebenaran Tuan Rumah sekiranya ingin menggunakan kemudahan lain, seperti TV, Dapur atau Kolam Mandi Tuan Rumah.

4. Kalau mandi di Tab Mandi, pastikan anda bersihkan dan keringkan kawasan tersebut sebelum Check Out. Orang Australia selalunya mandi bukan membasahi kawasan bilik air seperti kita di Malaysia.

5. Pastikan tilam dan bilik dikemaskan sebaiknya sebelum Check Out.

6. Maklumkan kepada Tuan Rumah sekiranya ada masalah

7. Say Good Bye kepada Tuan Rumah dengan sebaiknya, kerana kebanyakkan mereka yang menyediakan perkhidmatan AirBNB di Australia ini, mereka sememangnya suka menerima tetamu Pelancong dan mengalukan Pelancong melawat negara mereka.
 

tips sewa bilik airbnb di Australia

tips sewa bilik airbnb di Australia

tips sewa bilik airbnb di Australia

tips sewa bilik airbnb di Australia

tips sewa bilik airbnb di Australia

tips sewa bilik airbnb di Australia
 

Untuk tempahan AirBNB, boleh layari link ini

Kebetulan juga, Tuan Rumah kami ketika itu, En Robin dan isteri memang sangat baik dan pemurah. Walaupun tidak diminta, mereka membenarkan kami menggunakan Bilik TV dan ruang Dapur untuk memasak. Sarapa pagi juga mereka sediakan kepada kami, keesokkan harinya.

Untuk nilai AUD40 pada ketika itu, kira-kira MYR120 untuk kami sekeluarga, memang berbaloi sangat-sangat.

Mungkin anda ada pengalaman menyewa bilik AirBNB di negara lain. Kalau tidak keberatan, boleh la kongsi pengalaman anda di ruangan komen.

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.