Defender Trophy The Aquarium Trails KL Jengka Lepar Gaya 4X4

Hari ini, saat ini, kami dalam perjalanan untuk pengalaman baru MrJocko. Untuk pertama kali, MrJocko dan lebih 20 kenderaan Defender Land Rover akan merentasi laluan The Aquarium Trails di Pahang. Ekspedisi kami ini, kami gelarkan dengan nama Defender Trophy The Aquarium Trails KL Jengka Lepar Gaya 4X4.

Bermula awal pagi ini, 3 Ogos hingga 5 Ogos 2018, kami akan meneroka laluan The Aquarium Trails. Bermula dari Kuala Lumpur, kami akan melalui laluan lebuhraya dahulu sebelum ke Felda Jengka, Pahang. Dari situ, pintu masuk kami, aku melalui laluan berselut sehingga ke Lepar.

Defender Trophy The Aquarium Trails
 

Defender Trophy The Aquarium Trails KL Jengka Lepar Gaya 4X4
 

Baca : MrJocko dan Aktiviti

Ya, sekarang musim hujan, dan musim yang berselut di dalam hutan ini yang menjadi kegilaan ramai peminat sukan outdoor 4X4 ini untuk mereka lalui.

Kenderaan Land Rover model Defender ini akan menjadi satu jentera terbaik untuk meredah laluan hutan yang berselut atau ‘offroad’ yang menjadi idaman ramai. Katanya, kalau tidak ada selut, tak best.
 

Defender Trophy The Aquarium Trails KL Jengka Lepar Gaya 4X4

Defender Trophy The Aquarium Trails KL Jengka Lepar Gaya 4X4
 

Perjalanan dari Felda Jengka memasuki ke Lepar laluan The Aquarium Trails adalah antara laluan peminat sukan outdoor kenderaan 4X4 ini. Ia sejauh 150 km, tetapi ‘thrill’ yang dirasai sepanjang perjalanan ini akan memberi kepuasan kepada semua peserta Defender Trophy The Aquarium Trophy ini.

Kalau melalu jalan biasa setakat laluan 150 km, ia mengambil masa sekitar 2 jam. tetapi, dengan laluan seperti ini, ia mungkin akan mengambil masa sehingga 5 – 6 jam, bergantung kepada jalan dalam keadaan kereta.

Untuk peserta, bersedia untuk bermain lumpur. Ia bukan satu laluan VIP yang penuh glamour, ia umpama masa untuk mengotorkan diri dengan selut, air dan juga tanah.

Pakej untuk menyertai pengalaman Kenderan 4X4 ini akan dibuka kelak untuk Pelancong dengan kadar bayaran yang berpatutan. Ia terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas dengan semua urusan, kelengkapan dan makanan di sediakan oleh pihak penganjur.

Pakej Kembara seperti ini biasanya akan mengambil masa selama 3 hari 2 malam dan memang sesuai untuk sesiapa sahaja yang sukakan aktiviti lasak dan keindahan hutan belantara Hutan Hujan Tropika Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang ekspedisi Defender Trophy The Aquarium Trails ini, boleh korang lawati laman Facebook Fanpage Rasmi Defender Trophy Malaysia.

Cerita penuh pengembaraan MrJocko di The Aquarium Trails ini akan dikongsikan di entry blogpost yang akan datang.

2 Comments on “Defender Trophy The Aquarium Trails KL Jengka Lepar Gaya 4X4”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.