Durian King TTDI Tempat Makan Durian Best Di Kuala Lumpur

Hits: 521

Malaysia sekarang dilanda musim durian sepanjang masa. Tak kira bulan berapa, setiap bulan akan ada bekalan durian. Nak cari durian paling sedap, nak makan durian paling berkualiti boleh ke Durian King TTDI sebelah Pasar Besar TTDI Kuala Lumpur. Kalau nak tahu, di sini, Gerai Durian King TTDI Tempat Makan Durian Best Di Kuala Lumpur.

Bukan sahaja kerana lokasinya strategik terletak di Kuala Lumpur, tetapi ruang parkir yang luas serta percuma, ruang makan yang selesa, pilihan durian yang berkualiti dari durian Black Thorn, Musang King, IOI, Udang Merah, Kucing Tidur, D24 dan banyak lagi, boleh kata semua durian yang best ada di Gerai Durian King TTDI.

Durian King TTDI Tempat Makan Durian Paling Best
 


 

Sebelum ini pernah beberapa kali MrJocko singgah untuk makan durian di gerai Durian King TTDI sebelah Pasar Besar TTDI Kuala Lumpur ini. Kalau bukan nak makan durian, kami singgah untuk makan Nasi Lemak di gerai bersebelahan, bersama dengan mencuba Cendol Durian Musang King yang sedap di sini.

Boleh baca entry di sini Durian King TTDI Kuala Lumpur

Untuk kali ini, bekalan Durian Black Thorn tidak ada. Kalau nak tahu, Durian Black Thorn ialah Award Winning. Baca di sini PlacesAndFoods.

Oleh itu, yang jadi pilihan untuk kali ini ialah menu Durian Musang King dan juga Durian IOI. Tambahan kali ini, ada buah manggis yang dijadikan makanan sampingan. Kata orang buah manggis boleh menyejukkan badan selepas makan durian.
 

Durian King TTDI Tempat Makan Durian Paling Best
Durian Musang King
Isi Durian Musang King

Durian King TTDI Tempat Makan Durian Paling Best
 

Peminat durian sejati pasti akan tahu membezakan rasa durian biasa dan durian premium. Sebab itu, peminat durian sebenar, mereka tidak hirau akan harga, janji kualiti durian yang mereka makan punyai kualiti premium. Di Durian King TTDI, boleh korang dapati durian yang bertul-betul berkualiti.

Lagipun, kalau korang perasan, yang betul-betul suka makan durian, mereka akan kopek duiran di gerai dan masukkan ke dalam bekas palstik untuk memastikan isi durian yang mereka beli adalah duriang yang berkualiti.
 

Durian King TTDI Tempat Makan Durian Paling Best

Durian King TTDI Tempat Makan Durian Paling Best

Durian King TTDI Tempat Makan Durian Paling Best
 

Bagi yang teringin nak makan Cendol Durian di Durian King TTDI Kuala Lumpur, cuba la rasa. Harga sekarang bermula dari RM15 semangkuk dan ia berbeza harga jika anda membuat pilihan untuk pilihan isi durian Black Thorn, Musang King, Udang Merah ataupun Cendol Durian Biasa. Sekali rasa, pasti korang akan rasa sangat-sangat berbaloi.

 

Durian King TTDI Tempat Makan Durian Paling Best
Cendol Durian Musang King

 

Mitos Tentang Durian : Makan Durian Boleh Menggemukkan.
Fakta Tentang Durian : Satu ulas durian hanya mempunyai 1-2g lemak dan itu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat).

Seperti biasa, kalau nak tahu apa lagi durian yang menarik dan best di Durian King TTDI boleh layari laman Fanpage Facebook mereka di sini https://www.facebook.com/Duriankingttdi/. Gerai dibuka seawal jam 2.00 petang sehingga larut malam. Kalau datang malam, selepas jam 7.00 pm, ada banyak ruang parkir sekitar kawasan gerai ini adalah PERCUMA 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.