Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa Negeri Selangor 2018

Hits: 544

Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor dengan kerjasama oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, serta Jabatan Kemajuan Orang Asal Malaysia (JAKOA) telah menganjurkan Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa Negeri Selangor 2018 yang berlangsung di Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor selama 2 hari penganjuran yang berakhir pada hari ini. Festival ini turut dimeriahkan dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, diiringi oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amiruddin Shari serta YB Exco Pelancongan, Kebudayaan, Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Selangor, YB Datuk Abdul Rashid Asari.

Objektif utama penganjuran festival ini adalah untuk menghargai Warisan Budaya Orang Asal yang dipraktikkan seluruh dunia sejajar dengan perayaan World’s Indigenous Arts Festival pada 9 Ogos setiap tahun. Tema acara tahun ini iaitu “The Hidden Gems of Selangor Unveiled” menjanjikan para pengunjung dengan kepelbagaian kebudayaan dan adat warisan kumpulan minoriti masyarakat ini.

Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa Negeri Selangor 2018
 

Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa negeri Selangor 01
 

“Dengan mempromosikan budaya dan mewujudkan kesedaran mengenai orang asal, ia bukan sahaja membantu untuk menarik pelancong ke negeri ini, tetapi juga membantu masyarakat pribumi dari segi ekonomi. Jika dilakukan dengan penuh tanggungjawab, usaha ini akan memberi faedah kepada mereka. Pemahaman yang lebih baik akan budaya mereka dapat mencipta keharmonian antara kaum dan penerimaan yang lebih baik akan perbezaan budaya.” Ujar Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Kebudayaan, Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Selangor.

Tambahan pula, festival ini turut menerima penyertaan daripada Kaum Orang Asal dari dalam negara seperti Negeri Selangor : Kaum Mah Meri, Negeri Perak : Kaum Semai, Negeri Pahang : Kaum Jahut, Negeri Kelantan : Kaum Temiar, Negeri Johor : Kaum Seletar, Negeri Sembilan : Kaum Temuan. Selain itu, terdapat 5 penyertaan dari kaum orang asal dari antarabangsa iaitu dari Negara Iran, Filipina, Indonesia, Thailand dan Laos.

Baca : MrJocko dan Tempat-Tempat Menarik di Selangor
 

Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa negeri Selangor 01

Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa negeri Selangor

Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa negeri Selangor
 

Pada tahun ini juga Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah mencipta sejarah tersendiri melalui “Malaysia’s Book of Record” dengan permainan tradisional kerchang terpanjang di Malaysia dengan rekod yang amat membanggakan. Acara tarian kebudayaan, demo persembahan makanan tradisional, kraftangan yang unik menjadi tarikan utama di sepanjang 2 hari kelangsungan festival ini.
 

MrJocko dan Tempat-Tempat Menarik di Selangor

MrJocko dan Tempat-Tempat Menarik di Selangor
Penari Kaum Asli Laos

MrJocko dan Tempat-Tempat Menarik di Selangor

MrJocko dan Tempat-Tempat Menarik di Selangor
Penari Kaum Asli Filipina

MrJocko dan Tempat-Tempat Menarik di Selangor
Tarian Kaum Asli Filipina

 

“Statistik jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor pada suku tahun pertama 2018, iaitu dari bulan Januari hingga Mac 2018 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 12.18%, berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017. Ianya suatu peningkatan yang sangat positif dan amat memberangsangkan dalam sektor pelancongan negeri. Saya yakin dan percaya dengan penganjuran festival seperti ini dapat memberi impak kepada kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara” ulas Puan Noorul Ashikin Mohd Din, Pengurus Besar Tourism Selangor.

Untuk senarai aktiviti berkaitan perlancongan yang akan berlangsung sekitar Selangor, layari laman web Tourism Selangor Events.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.