Masak Resipi Sup Gear Box Orang Kelantan Musim Hari Raya Korban

Musim Raya Korban tahun ini, MrJocko dan keluarga balik ke Kelantan. Seperti biasa, musim Hari Raya Korban di Kelantan lebih meriah berbanding dengan lokasi negeri lain. Tambah lagi, musim Hari Raya Korban atau Hari Raya AidilAdha ini, akan ada banyak daging lembu dan kambing sempena dengan perlaksanaan ibadah Korban. Bila daging dah banyak, ini masa untuk kami, Masak Resipi Sup Gear Box Orang Kelantan Musim Hari Raya Korban.

Boleh dikatakan setiap kampung, akan ada 4 – 5 ekor lembu yang akan ditumbangkan samada untuk ibadah Korban dan juga Akikah oleh mereka-mereka yang mampu. Saat ini, dalam masa seminggu dua, menu utama setiap rumah pastilah menu daging.

Masak Resipi Sup Gear Box Orang Kelantan
 
resipi sup gear box kelantan
 

Baca : MrJocko dan Resipi Masterchef

Ramai yang suka makan daging, ketika musim raya Korban lah menjadi hari yang ditunggu. Ada yang kumpul daging dan buat resipi Daging Bakar. Ada juga, yang suka buat Sate dengan daging lembu tak kurang juga yang suka masak resipi Rendang Daging atau resipi Daging Kerutuk.

Untuk MrJocko, resipi pilihan musim Hari Raya Korban ialah resipi Sup Gear Box Kelantan. Kalau nak tahu cara memasak resipi Sup Gear Box Kelantan, boleh ikut cara resipi mudah ini.
 

Masak Resipi Sup Gear Box Orang Kelantan Musim Hari Raya Korban
 

Bahan-bahan untuk Resipi Sup Gear Box Kelantan :
Bahagian Lutut Kaki Lembu yang dipotong ( 1000g – 1500g)
Bawang Merah
Bawang Putih
Sedikit Halia
Kayu Manis
Bunga Lawang
Perencah Serbuk Sup
Daun Sup
Rempah
Garam
Bawang Goreng (Jika Perlu)

Cara-cara memasak Resipi Sup Gear Box Orang Kelantan:
Bahan utama, Lutut Kaki Lembu yang telah dipotong perlu direbus hingga empuk. Kemudian, tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit halia bersama kayu manis, bunga lawang. Bila bahan-bahan dah garing, masukkan perencah serbuk sup.

Teruskan menumis dengan api yang perlahan hingga garing dan berbau wangi.

Bahagian lutut kaki lembu yang telah empuk diletakkan dalam bekas hidangan, sebaiknya dalam mangkuk yang besar.

Tuangkan kuah sup yang telah masak, kesemuanya ke dalam bekas hidangan lutut kaki lembu tadi. Masukkan garam dan serbuk perasa.

Ia sedia dihidangkan, bersama tambahan Kicap dan juga Cili untuk rasa pedas.

Camana? Pernah masak tak Resipi Sup Gear Box Kelantan ni. Kalau belum, apa kata lepas ni sama-sama korang cuba.

Nak tahu banyak lagi resipi masakan orang Kelantan, boleh cuba layari laman web ini Dapur Rasa.my.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.