Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam Tarikan Paling Popular

Hits: 426

Brunei antara negara di Asia Pasifik yang masih lagi teguh dalam menjalankan pentadbiran negara berasaskan agama Islam. Sultannya, Sultan Hasanal Bolkiah, antara pemerintah Islam yang disegani seluruh dunia. Tidak hairanlah kalau, Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam menjadi salah satu tarikan Paling Popular di Brunei, tidak kira dari pelancong tempatan atau pelancong luar negara.

Sesiapa sahaja yang pernah melawat ke Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam ini pasti akan terpegun dengan masjid yang menjadi bualan ramai ini. Bukan sahaja cantik, prestij, tapi keunikkan binaannya juga ada sejarah tersendiri.

Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam
 

Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam

Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam
Photo by Adrian Baker / Shutterstock

 

Masjid Omar Ali Saifuddien ( Sultan Omar Amli Saifuddien Mosque) ialah salah satu masjid terbesar di Brunei dan terletak di tengah bandaraya Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Kalau nak tahu, masjid ini pernah diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan kini menjadi tarikan pelancong dunia.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien ini diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei dan menjadi antara kebanggaan seluruh rakyatnya.

Baca juga : MrJocko dan Cerita Masjid
&nbsp:

Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam
Photo by AzriSuratmin / Shutterstock
Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam
Photo by Baiterek Media / Shutterstock
Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam
Photo by Fran C. Muller / Shutterstock

Masjid yang menjadi ikon rakyat Brunei ini dinamakan sempena nama Sultan Brunei ke-28, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddien III. Sebagai sebuah negara Islam, masjid ini menjadi simbol kekuatan agama umat Islam di negara Brunei.

Keseluruhan bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam yang cantik, terbaik dan punyai nilai seni tersendiri.

Strukrtur binaan Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam dibina di dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei. Ia memiliki menara dibuat daripada marmar berkualiti dan kubah utama yang besar serta bersalut emas.

Dekorasi lanskap masjid ini sendiri dikelilingi taman yang menghijau, pokok-pokok renek dan hiasan serta pancutan air. Untuk memberikan untuk tradisional Brunei, satu daripada unsur tempatan ditambah dalam binaan masjid ini, iaitu kegunaan bentuk “kalat” (tali tebal) pada tiang luar masjid.

Sumber : Wikipedia Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam

Di sebelah luar, sebuah jambatan menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei.

Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.

Hingga kini, kalau sesiapa sahaja pelancong yang datang ke Brunei, pasti akan datang melawat Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam.

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.