Pengalaman Camping Dengan Produk Coleman Di Malaysia

Sesekali keluar dari hiruk piruk kota besar seperti Kuala Lumpur dan berkhemah dengan keluarga best jugak. Nak camping, tak perlu pergi jauh. Kalau ada masa, cuba singgah di mana-mana Taman Tasik dan Taman Awan, dan cuba sendiri Pengalaman Camping Dengan Produk Coleman Di Malaysia.

Sejak dulu, zaman MrJocko muda belia, zaman selalu panjat gunung, jenama khemah Coleman, beg Coleman, tikar Coleman, peralatan memasak outdoor Coleman memang terkenal sejak dulu. Sampai sekarang pun, ramai yang masih setia dengan produk Coleman.

Pengalaman Camping Dengan Produk Coleman Di Malaysia
 
camping dengan produk coleman di malaysia
 

Last MrJocko camping, bulan lepas ketika masuk hutan sempena dengan aktiviti hardcore The Defender Trophy, memasuki hutan Lepar, Pahang.

Tapi beberapa minggu lepas, kami camping sekeluarga sahaja di taman awam sekadar nak lepaskan keinginan bersantai dengan cara yang jarang kami buat.

Kali ini, kami sekadar pacak khemah kecil bersaiz 2 orang di tepi padang, di bawah pokok rimpun dengan bentangan tikar. Tak bawa peralatan memasak, tiada tilam dan tiada bantal. Ini hanya camping santai sahaja.

Lagipun, kat kawasan taman ini tidak dibenarkan untuk memasak.
 

camping dengan produk coleman di malaysia

camping dengan produk coleman di malaysia

camping dengan produk coleman di malaysia
 

Yang paling suka camping kali ini si kecil, Baby Kayla. Ini kali pertama dia rasa pengalaman duduk dalam khemah. Kalau sebelum ni, kakak-kanak sudah beberapa kali berkhemah di sekitar kawasan Ulu Yam siap dengan pengalaman memasak dan mandi manda.

Untuk bermalam, nanti kami akan cuba camping di kawasan perkhemahan Janda Baik, Bentong. Katanya, ada banyak lokasi menarik dan percuma untuk camping kat sana.
&nsbp;

camping dengan produk coleman di malaysia

camping dengan produk coleman di malaysia

camping dengan produk coleman di malaysia
 

Untuk produk Coleman, banyak lagi yang boleh korang beli. Paling popular ialah khemah Coleman. Selain tu, kalau nak lebih besar, boleh beli Shelter Coleman. Peralatan lain juga banyak seperti kerusi Coleman, backpack Coleman, sleeping bag Coleman, aksesori dan banyak lagi.

Semua ini boleh korang beli secara online dengan harga yang berpatutan.

Kalau nak cari banyak lagi produk outdoor atau peralatan khemah, boleh cari produk berkualiti dengan jenama Coleman. Layari laman web rasmi Coleman Malaysia untuk maklumat lanjut tentang produk, promosi dan daktiviti tang dianjurkan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.