Pulau Phu Quoc Vietnam Destinasi Terbaru AirAsia Kepulauan Terbaik Di Vietnam

Hits: 3484

AirAsia memperkenalkan destinasi baru mereka untuk semua peminat pulau khususnya. Pulau Phu Quoc Vietnam Destinasi Terbaru AirAsia yang mana, ia dikatakan adalah Kepulauan Terbaik Di Vietnam. Bukan sahaja dengan keindahan lanskap pulau, tetapi dengan harga pakej percutian yang jauh lebih murah berbanding pulau lain di dunia.

Sebelum ini, destinasi yang popular di Vietnam cuma Ho Chi Minh dan Hanoi, kemudian ia semakin melimpah ke Danang Ao Nang, Nha Trang dan kini kita di Malaysia diperkenalkan dengan Pulau Phu Quoc Vietnam.

Pulau Phu Quoc Vietnam Destinasi Terbaru AirAsia
 

Phu Quoc Vietnam Destinasi Terbaru AirAsia Kepulauan Terbaik Di Vietnam
 

Pulau Phu Quoc (Phu Quoc Island) adalah pulau terbesar di negara Vietnam. Ia terletak di teluk Thailand dan bersebelahan sahaja dengan sempana Phnom Penh. Pulau Phu Quoc ini adalah sebuah daerah di wilayah KienGiang.

Destinasi Pulau Phu Quoc adalah laman pelancongan yang sudah lama popular dengan beberapa pantai berpasir yang cantik, putih bersih dan punyai kualiti air laut yang sangat cantik. Tidak hairan, ia juga jadi destinasi popular pelancong seluruh dunia termasuk dari Eropah dan Asia.
 

Phu Quoc Vietnam Destinasi Terbaru AirAsia Kepulauan Terbaik Di Vietnam
Phu Quoc Vietnam

Phu Quoc Vietnam Destinasi Terbaru AirAsia Kepulauan Terbaik Di Vietnam
 

Baca : MrJocko dan Percutian ke Vietnam

Ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh korang lawati kalau ke Pulau Phu Quoc Vietnam. Antara yang boleh korang teroka ialah Ong Lang Beach, Vung Bau Beach, Hon Thom Island, Phu Quoc Gallery of Contemporary Art(GOCA), Vinpearl Safari, Dinh Cau Rock (Cua Temple) dan banyak lagi.

Selain dari tempat-tempat menarik di Phu Quoc Vietnam, ada juga aktiviti lain yang boleh korang cuba termasuk snorkeling, scuba diving, berbasikal dan juga alami pengalaman menaiki kereta kabel yang sangat cantik pemandangannya.

Harga bilik di Pulau Phu Quoc sekitar RM180 untuk hotel taraf 3 Bintang dan sekitar RM550 untuk hotel taraf 5 Bintang. Muslim food agak susah untuk di dapati, namun, pilihan terbaik untuk ke sini ialah dengan menu Seafood.

 

Phu Quoc Vietnam Destinasi Terbaru AirAsia Kepulauan Terbaik Di Vietnam
 

AirAsia kini akan terbang ke Pulau Phu Quoc, bermula dari tarikh 2 Nov 2018 dengan kekerapan penerbangan sebanyak 4 kali seminggu. Ia adalah penerbangan terus dan ia memakan masa sekitar 3 jam sahaja.

Teruja dengan destinasi baru AirAsia ini? Boleh terus layari laman web AirAsia untuk dapatkan informasi tentang harga promosi tiket murah AirAsia dan juga banyak lagi destinasi lain.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.