Review Smartphone Murah Nubia M2 Lite Harga RM389 Malaysia

Sebelum ini tak banyak smartphone yang menawarkan harga yang murah tetapi punyai kapasiti Processor, Memory RAM yang tinggi, Kualiti Kamera dan Storan yang besar. Kali ini, ada peluang MrJocko untuk berkongsi Review Smartphone Murah Nubia M2 Lite Harga RM389 Malaysia. Model ini, antara smartphone yang berbaloi-baloi untuk anda beli.

Walaupun jenama Nubia tidak terlalu terkenal di Malaysia, tetapi sebenarnya mereka juga ada pengalaman tersendiri dalam mengeluarkan peranti smartphone. Kalau tak percaya boleh terus layari laman web rasmi Nubia Malaysia.

Review Smartphone Murah Nubia M2 Lite
 

Review Smartphone Murah Nubia M2 Lite

Berminat nak beli smartphone murah Nubia M2 Lite, boleh beli di pautan ini Shopee Malaysia Nubia M2 Lite RM389

Kalau nak tahu spesifikasi lengkap smartphone Nubia M2 Lite ni, boleh la jengok ke laman web tech samada di GSM Arena atau laman Tech MMelayu Amanz.my.

Sebagai informasi ringkas, nak kongsi bahawa smartphone Nubia M2 lite ini dikuasakan oleh pemproses CPU Octa-core 1.5 GHz Cortex-A53 dengan 4GB RAM dengan 32GB Internal Memori. Manakala satu model lagi ada 3GB RAM dengan 64GB Internal Memory.

Peranti ini mempunyai storan dalaman 32 GB + microSD (sehingga 128 GB dengan menggunakan slot 2 SIM) dan skrin sesentuh kapasitif LCD IPS 5.5 inci (720 x 1280 piksel, 267 ppi). Ia mempunyai kamera belakang 13MP dan menyokong Wifi, GPS, 3G dan 4G LTE. Ia dikuasakan dengan bateri 3000 mAh Li-Po yang tidak boleh ditanggalkan, dan menggunakan Android 6.0 (Marshmallow).
 

Review Smartphone Murah Nubia M2 Lite

Review Smartphone Murah Nubia M2 Lite

Review Smartphone Murah Nubia M2 Lite
 

Secara peribadi, yang ni sangat berbaloi kalau korang nak oakai sendiri. kalau nak belikan kepada anak-anak juga sangat berbaloi kerana beberapa sebab :

1. Harga yang murah
2. Kualiti rekaan yang kemas dan berat
3. Storan Memory RAM yang besar dan storan dalama pun juga besar
4. Kualiti kamera yang jelas
5. Ada sensor Fingerprint Lock
6. Pengecasan yang cepat.
 

Review Smartphone Murah Nubia M2 Lite

Review Smartphone Murah Nubia M2 Lite
 

Oh ya, setiap unit Nubia M2 Lite ini didatangkan dengan Cover Plastic jelly percuma. Selain itu, ada Power cable, Charger Cable dan juga Pin Sim Card. Sayangnya, untuk model Nubia tidak disertakan EarPhone.

Harga nubia M2 lite terkini di pasaran Malaysia adalah dari RM389.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.