Samsung Galaxy Note9 Official Launch Axiata Arena Malaysia

Kalau ada anugerah untuk Pelancaran Smartphone Terbesar dan Terbaik di Malaysia, event terbaru dari Samsung ini patut diberikan ‘title’ tersebut. Inilah Samsung Galaxy Note9 Official Launch Axiata Arena Malaysia yang berlangsung pada 15 Ogos 2018 dengan gilang gemilang.

Majlis yang dihadiri oleh team Samsung seluruh Malaysia, VVIP, wakil jualan Samsung seluruh Malaysia dan juga media ini begitu prestige dengan pembukaan ‘gimik’ kehadiran Presiden Samsung dengan kereta mewah diiringi dengan segerombolan superbike pelbagai jenama.

Samsung Galaxy Note9 Official Launch Axiata Arena Malaysia
 

Samsung Galaxy Note9 Official Launch Axiata Arena Malaysia
 

Majlis kali ini memperkenalkan peranti terbaru dari Samsung yang dikenali dengan nama Samsung Galaxy Note9, peranti gantian untuk model sebelum ini iaitu model Galaxy Note8. (MrJocko pernah ada satu unit, tetapi hilang ketika di New-Chitose Airport)

Sudah tentu dengan jolokan ‘Super Powerful’ atau Sangat Berkuasa, Galaxy Note9 sememangnya layak dengan gelaran terbaik ini.

Dengan menghimpunkan hampir kesemua fungsi terbaik smartphone Samsung sebelum ini, ia dipadatkan dengan rekaan bentuk Note cara Samsung, peranti dan smartphone ini pasti menjadi pilihan ramai peminat gajet di Malaysia.
 

Samsung Galaxy Note9 Official Launch Axiata Arena Malaysia

Samsung Galaxy Note9 Official Launch Axiata Arena Malaysia

Samsung Galaxy Note9 Official Launch Axiata Arena Malaysia
 

Secara ringkas, antara fungsi terbaik yang ada dalam smartphone Galaxy Note9 ini ialah kualiti gambar setaraf gambar Pro DSLR, storan dalaman yang besar sehingga 512GB, rakaman video yang stabil dan berkualiti 4D, fungsi S Pen yang ditambah baik dan menjadi ‘remote’ controller dalam banyak fungsi berkaitan smartphone dan banyak lagi.

Ia umpama personal computer untuk pemiliknya, selain dari kegunaan biasa sebagai smartphone untuk menjawab panggilan, social media dan juga kamera.
 

Samsung Galaxy Note9 Official Launch Axiata Arena Malaysia

Samsung Galaxy Note9 Official Launch Axiata Arena Malaysia

Samsung Galaxy Note9 Official Launch Axiata Arena Malaysia
 

Baca Entry sebelum ini : Ketibaan Galaxy Note9 di Malaysia

Harga untuk pasaran di Malaysia ialah RM3699 untuk kapasiti saiz storna 128GB, warna Midnight Black, Ocean Blue and Metallic Copper dan RM4699 untuk kapasiti storan 512GB, warna Midnight Black.

Di majlis ini juga menyaksikan 3 peranti Samsung Galaxy Note9 Gold Plated Edisi Terhad dielong untuk tujuan amal. Yang mana salah satu dari galaxy Note9 Gold Plated ini berjaya dijual dengan harga bidaan sebanyak RM40,000, RM35,000 dan RM35,000.

Maklumat lanjut tentang Smartphone Samsung Galaxy Note9 ini boleh layari laman web rasmi Samsung Malaysia Galaxy Note9.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.