Sayangi Malaysiaku Tema Hari Kemerdekaan Ke-61 Malaysia

Hits: 751

Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke-61. Selamat Hari Merdeka kepada semua. Kali ini, sambutan Hari Merdeka berbeza sedikit selepas 60 tahun. Mungkin sebab itu, tema hari kebangsaan agak unik. Untuk semua, Sayangi Malaysiaku Tema Hari Kemerdekaan Ke-61 Malaysia dipilih untuk menerapkan nilai sayangkan negara kepada semua rakyat Malaysia.

Sayangi Malaysiaku adalah sambutan pertama Kerajaan baru, Kerajaan Pakatan Harapan, selepas memenangi Pilihanraya Umum Ke-14 pada bulan Mei 2018.

Sayangi Malaysiaku Tema Hari Kemerdekaan Ke-61 Malaysia
 

sayangi malaysiaku tema hari kemerdekaan malaysia ke 61
 

Lokasi sambutan Hari Kemerdekaan Ke-61 Malaysia kali ini disambut di Putrajaya. Dengan kehadiran yang dianggarkan kira-kiran 300,000 pengunjung, sambutan hari Merdeka Malaysia yang ke-61 kali ini dikatakan antara yang meriah.

Majlis sambutan Hari Merdeka dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’ itu kemudian diteruskan dengan acara menaikkan Jalur Gemilang, diiringi 14 das tembakan, yang melambangkan 14 negeri di Malaysia oleh 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja.
 

sayangi malaysiaku tema hari kemerdekaan malaysia ke 61 01

sayangi malaysiaku tema hari kemerdekaan malaysia ke 61

sayangi malaysiaku tema hari kemerdekaan malaysia ke 61

sayangi malaysiaku tema hari kemerdekaan malaysia ke 61

sayangi malaysiaku tema hari kemerdekaan malaysia ke 61
 

Baca juga : MrJocko dan MalaysiaKu

Hari Merdeka kali ini dimeriahkan lagi dengan persembahan khas ‘Sayangi Malaysiaku’ membabitkan 600 peserta yang terdiri daripada kumpulan kesenian mewakili pelbagai agensi dan persatuan dan juga pertunjukkan Formasi 61 oleh Kapal Terbang Perang TUDM.

Acara perbarisan dan perarakan Hari Merdeka ini melalui kawasan di Persiaran Perdana sejauh 3.2 kilometer itu bermula pada jam 8.30 pagi, didahului dengan perarakan masuk Kontinjen Kenegaraan iaitu Pembawa Jalur Gemilang, Pembawa Bendera Negeri-Negeri dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang, melintasi pentas utama.

Paling mengujakan, pertunjukan terbang lintas pesawat udara dan terbang lintas helikopter yang menggegarkan ruang udara Putrajaya.

Pertunjukan ini membabitkan 27 helikopter, 11 pesawat angkut dan 17 pesawat pejuang, selain 16 pesawat Pilatus PC7 yang membuat formasi nombor ‘61’ sempena kemerdekaan negara yang ke-61 pada tahun ini.

Untuk koleksi gambar, video dan informasi tentang Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-61 boleh layari pautan ini Malaysia Merdeka 61 Sayangi Malaysiaku.

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.