Sebelum Perjalanan Balik Kampung Servis Tukar Tayar Rosak

Hits: 290

Perjalanan yang jauh dengan kenderaan sebenarnya mendedahkan korang dengan pelbagai risiko. Sebaiknya, kalau musim perayaan dan perjalanan jauh seperti musim Hari Raya Haji ini, pastikan kenderaan yang digunakan untuk balik kampung berada dalam keadaan yang selamat. MrJocko sendiri, Sebelum Perjalanan Balik Kampung Servis Tukar Tayar Rosak akibat terkoyak.

Tak tahu sebab apa, tayar hadapan sebelah kanan mengalami garisan koyak yang panjang. Ia memang merbahaya, takut tiba-tiba pecah sewaktu memandu. Lebih-lebih lagi tayar hadapan, akan beri impak lebih bahaya kepada kereta.

Servis Tukar Tayar Rosak
 

servis tukar tayar rosak
 

Keempat-empat tayar ini, MrJocko tukar pada Januari 2016. Jadi lebih 2 tahun 7 bulan MrJocko guna. Alhamdulillah, berbaloi sebab kami bawa kereta dengan berhemah. Masa beli dulu, harga sebijik cuma RM180 sahaja. Tayar buatan Indonesia katanya.

Tayar ini kami beli di Kedai Tayar Kereta Murah di Rawang. Boleh lihat gambar di bawah untuk lihat nama dan lokasi kedai tayar tersebut.
 

kedai tayar murah di rawan
 

Kini, sebab dah lama guna, bunga tayar masih lagi okay, cuma tiba-tiba ada rekahan seperti garisan pecah. Nampaknya, 2 biji tayar sudah perlu ditukar. Lagi 2 biji tayar menunggu masa untuk diganti.
 

servis tukar tayar rosak
Tayar Kereta Koyak

servis tukar tayar rosak
Tayar Kereta Yang Rosak

 

Pemanduan jauh dari Kuala Lumpur menuju ke Pasir Puteh, Kelantan, akan memakan jarak lebih dari 350km. Keadaan jalan yang tidak berapa elok, panas dan beberapa faktor lain mungkin akan mendatangkan bahaya kerana tayar yang tidak elok. Sebaiknya, kalau tayar kenderaan korang juga seperti ini, atau sudah kehabisan bunga tayar, sebaiknya, tukar lah.

Untuk sementara, kalau tidak ada bajet untuk beli tayar baru, cuba survey untuk dapatkan tayar terpakai untuk sementara. Tetapi, pastikan anda pilih tayar terpakai sebaiknya kerana bimbang tayar tersebut juga akan mendatangkan risiko yang sama.
 

servis tukar tayar rosak
 

Kalau tayar kereta yang baru, biasanya berharga sekitar RM180 hingga RM ribuan ringgit bergantung kepada jenama, kualiti dan ketahanannya. Untuk harga tayar kereta terpakai, biasanya boleh di dapati dengan harga sekitar RM50 untuk saiz 13 inci dan juga sehingga RM150 sebiji, bergantung kepada saiz.

Ini adalah untuk informasi sahaja. Jika kereta korang dah botak, kehabissan bunga tayar, rosak, kembung, koyak sebaiknya tukarlah kepada tayar baru yang lebih baik.

Untuk informasi tentang Bila Patut Tukar Tayar Kereta, boleh baca sini https://www.michelin.com.my/MY/en/help-and-support/do-I-need-new-tires.html

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.