Tempat Menarik Di Brunei Darussalam Wajib Anda Singgah

Hits: 198

Brunei Darussalam, sebuah negara kecil yang berjiran dengan Malaysia, terletak di Kepulauan Borneo. Lokasi ini, sebenarnya, punyai banyak juga tempat-tempat menarik. Mungkin untuk mereka yang bercadang untuk melawat negara Brunei, disertakan disini Tempat Menarik Di Brunei Darussalam Wajib Anda Singgah.

Negara Brunei Darussalam sememangnya negara yang terkenal serata dunia. Negara yang kecil, tetapi mempunyai hasil bumi yang sangat kaya, sehingga menjadikan Sultan yang memerintah iaitu Sultan Hasanal Bolkiah adalah antara orang terkaya di dunia.

Tempat Menarik Di Brunei Darussalam
 

Tempat Menarik Di Brunei Darussalam Wajib Anda Singgah
Peta Negara Brunei Darussalam

Baca : Jom Melancong ke Brunei Darussalam

Ramai pengembara yang pernah melawat Brunei memberi jolokan ‘Borneo, Most Beautiful Capital’ kepada Bandar Seri Begawan kerana keindahan bandarnya.

Negara Brunei terletak antara negeri Sabah dan Sarawak dan mempunyai keluasan hanya 5,765 km2 sahaja. Populasi penduduk Brunei dianggarkan hanya sekitar 500,000 penduduk, tetapi mereka antara rakyat yang terkaya di sekitar Asia.

MrJocko sendiri belum berkesempatan untuk ke Brunei, walaupun beberapa tahun yang lepas mendapat jemputan, tetapi tidak berkesempatan.

Antara tempat menarik yang wajib anda singgah kalau ke Brunei termasuk :
1. Masjid Omar Ali Saifuddien
2. Masjid Hasanil Bolkiah
3. Kampung Ayer
4. Taman Negara Ulu Temburong
5. Pantai Muara
6. Tasek Merimbun
7. Luagan Lalak
8. Pekan Tutong
9. Hutan Simpan Bukit Ladan
10. Istana Nurul Iman
 

Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam
Photo by Baiterek Media / Shutterstock
brunei darussalam kampung ayer
Kampung Ayer Brunei
brunei darussalam luagan lalak
Luagan Lalak
brunei darussalam pantai muara
Pantai Muara

brunei darussalam ulu temburong
Ulu Temburong

 

Dalam banyak-banyak lokasi Tempat Menarik Di Brunei Darussalam Wajib Anda Singgah ini, mungkin ada yang menjadi tarikan minat anda untuk ke Brunei. Lagipun, melancong ke Brunei tidak la semahal melancong ke negara lain. Menu makanan Halal untuk Muslim pun banyak dan budaya dan tradisi Brunei, hampir sama dengan budaya dan tradisi kita orang Malaysia.

Dari Semenanjung Malaysia, anda boleh mengambil penerbangan Royal Brunei Airlines, Malaysia Airlines, AirAsia dan beberapa syarikat penerbangan lain yang menawarkan pakej penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan di Brunei Darussalam.

Kalau anda dari Sabah dan Sarawak, kalau rajin, boleh terus memandu kenderaan sendiri atau boleh juga kalau nak gunakan penerbangan.

Nak tahu lebih lanjut tentang aktiviti pelancongan di Brunei Darussalam, boleh layari laman Facebook Fanpage Brunei Tourism.

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.