Free Seats AirAsia Promosi Tiket Murah Bukan Harga Munafik

Free Seats AirAsia kini kembali. Ya, untuk semua Syarikat AirAsia kembali dengan menawarkan harga tiket penerbangan AirAsia secara Percuma ke lebih 150 destinasi seluruh rangkaian penerbangan mereka. Free Seats AirAsia Promosi Tiket Murah Bukan Harga Munafik. Jangan bimbang, ia betul-betul menawarkan banyak tiket percuma untuk semua.

Kali ini, tahun ini, tahun 2018 mereka kembali menawarkan promosi #AirAsiaFREESEATS dengan menawarkan sebanyak 5 juta tempat duduk percuma. Bagaimana tips untuk mendapatkan tiket percuma AirAsia dan AirAsiaX, boleh baca entry terdahulu MrJocko di sini ‘Tips Beli Tiket PERCUMA di AirAsia‘.

Free Seats AirAsia Promosi Tiket Murah
 

Kalau tak percaya, tengok harga tiket murah AirAsia yang MrJocko survey ini. Dalam negara, tiket pergi balik ke Langkawi cuma RM98 sahaja. memang murah, lebih murah dari naik bas dan feri. Lagipun, travel dalam Malaysia, pasti lebih best.

Untuk peminat makanan dan hiburan, boleh ke Bangkok. Harga tiket pergi balik dari KLIA2 ke Bangkok cuma RM249 sahaja dan ini adalah harga Free Seats AirAsia promosi tiket murah. Boleh la ke Bangkok untuk makan Tom Yam, Kerabu Mangga dan juga shopping best di Pasar Chatuchak di Bangkok.
 

Free Seats AirAsia Promosi Tiket Murah Langkawi
Tiket Murah AirAsia Langkawi
Free Seats AirAsia Promosi Tiket Murah Bangkok
Tiket Murah AirAsia Bangkok

Ada lagi, lihat harga pergi balik dari KLIA2 ke Seoul, Korea. Korang akan dapat harga serendah RM715 sahaja. Murah tu, bukan senang nak dapat tiket harga semurah itu. Untuk seorang tiket pergi balik ek Seoul, duit lebih boleh hopping di Dongdaemun atau ke Nami Island.

Lokasi yang menjadi pilihan MrJocko, pastinya Jepun. Nah! Dengan Free Seats AirAsia Promosi Tiket Murah kali ini, harga tiket pergi balik dari KLIA2 ke Osaka, Jepun hanya RM719. Dengan harga semurah itu, banyak yang boleh korang jimat. Boleh shopping di Dotonbori, pergi ke Kyoto, Nara dan juga shopping jam tangan G-Shock di Donki.
 

Free Seats AirAsia Promosi Tiket Murah Seoul
Free Seats AirAsia Seoul
Free Seats AirAsia Promosi Tiket Murah Osaka
Free Seat AirAsia Osaka

Apa lagi, untuk Ahli yand berdaftar dengan AirAsia, sudah boleh tempah tiket anda di laman web AirAsia. Bersedia untuk terbang ke lebih 130 destinasi termasuk beberapa destinasi baru AirAsia seperti Lapangan Terbang Silangit di Medan – Lake Toba, Phu Quoc Vietnam, Amritsar dan banyak lagi. Semestinya, ada banyak lagi ni tiket FREE AIRASIA ke destinasi popular seperti Bali, Jeju, Seoul, Osaka, Sydney, Melbourne dan Hawaii.

Tempoh tempahan untuk Ahli pada 2 hingga 9 Sep 2018
Tempoh tempahan untuk Bukan Ahli pada 3 hingga 9 Sep 2018
Tempoh penerbangan ialah dari tarikh 18 Feb sehingga 26 Nov 2019

Cepat!!! Layari laman web www.airasia.com sekarang untuk tiket PERCUMA korang!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.