Jerudong Park Playground Brunei Taman Tema Terbesar Borneo

Hits: 238

Siapa sangka, di Brunei Darussalam ada Taman Tema Terbesar di Borneo. Ya, memang benar, ia diberi nama Jerudong Park Playground Brunei Taman Tema Terbesar Borneo dan menjadi kebanggaan rakyat Brunei. Terletak di dalam kawasan Jerudong Park Country Club yang mana ia juga menempatkan beberapa lagi tempat menarik di Brunei termasuk Jerudong Waterpark, Air Pancut Muzikal, Food Courts yang besar, Stage persembahan besar dan juga rumah-rumah eksklusif.

Jerudong Park Playground adalah sebuah taman hiburan di Jerudong, Brunei Muara District, Brunei. Ia adalah taman hiburan terbesar dan paling mahal di Asia Tenggara, dibina dan dibiayai oleh kerajaan Brunei dengan kos sebanyak BND 1 bilion.

Jerudong Park Playground Brunei Taman Tema Terbesar Borneo
 

jerudong park playground brunei
 

Pada permulaan ia dibuka, dalam tempoh beberapa tahun pertama operasi, Jerudong Park Playground tidak menawarkan tiket masuk dan tunggangan percuma. Best!!! Bayangkan masuk ke taman tema percuma. Memang best!!!

Hingga kini, Jerudong Park Playground telah mengenakan Tiket Masuk sebanyak BND15 sahaja dan ia menggunakan sistem tiket all-ride.

Kalau nak tahu, luas di Jerudong Park Playground adalah lebih besar dari Fasa 1 Hong Kong Disneyland. Di zaman kegemilangannya, pelanggan dan orang ramai terpaksa beratur untuk setiap tunggangan.
 

jerudong park playground brunei

jerudong park playground brunei
Waterpark
jerudong park playground brunei
Roller Coaster

jerudong park playground brunei
Supa Karts

 

Tiket harga masuk penuh ke Jerudong Park termasuk pintu masuk ke Taman Air, Supakart F1 & 2 dan semua perjalanan Fasa 2.

Harga Tiket Kemasukan Penuh Residen
Dewasa (12-59) BND15.00
Kanak-kanak (3-11) BND8.00
Warga Emas (60+) BND5.00
Pakej Keluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-kanak) BND40.00
3 Filem Simulator Tambahan BND3.00

Harga Tiket Kemasukan Penuh Tiket Bukan Pemastautin
Dewasa (12-59) BND20.00
Kanak-kanak (3-11) BND10.00
Warga Emas (60+) BND5.00
Pakej Keluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-kanak) BND50.00
3 Filem Simulator Tambahan BND3.00
 

tarikan di jerudong park playground

Antara tarikan lain yang menarik di Jerudong Park ialah waterpark, laser maze, mini golf, JP Town, The Amphitheatre, Mini Amphitheater, The Colonnade dan juga The Musical Garden.
 

jerudong park playground brunei

jerudong park playground brunei

jerudong park playground brunei

jerudong park playground brunei
 

Baca : MrJocko dan Theme Park Seluruh Dunia

Fakta menarik tentang Jerudong Park ini, ramai yang mungkin tidak tahu bahawa Jerudong Park mula dibuka pada tahun 1994. Selebriti terkenal dunia, Michael Jackson pernah melakukan konsert percuma di Amphitheatre Jerudong Park pada 16 Julai 1996, yang dihadiri oleh 60,000 di seluruh taman. Konsert ini adalah pada perayaan ulang tahun ke-50 Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei dan dihadiri oleh keluarga diraja Brunei.

Kemudian, ia diikuti oleh konsert penyanyi Whitney Houston pada 24 Ogos 1996 untuk perkahwinan Puteri Rashidah, anak perempuan sulung Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah.
 

jerudong park micheal jackson concert

jerudong park whitney houston concert
 

Maklumat lanjut tentang Jerudong Park Playground Brunei Taman Tema Terbesar Borneo boleh layari laman web rasmi mereka di Jerudong Park Playground Brunei.

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.