Pelancong Malaysia Kena Banned Sebab Kerja Pemetik Buah Australia Secara Haram

Hits: 2716

Sejak dua menjak, timbul isu yang agak panas tentang urusan Imigresen Australia dengan pelancong dari Malaysia. Ada banyak berita tentang Pelancong Malaysia Kena Banned Sebab Kerja Pemetik Buah Australia Secara Haram. Itu antara sebab utama, mungkin kenapa pihak berkuasa Australia bertegas dengan pelancong Malaysia.

Menurut informasi dari Australian Department of Home Affairs, di antara tahun 2016 dan 2017 sahaja, lebih 10,000 rakyat Malaysian tinggal lebih masa di Australia, kemudian diikuti oleh rakyat China seramai 6,500 orang dan lebih 5,000 orang lagi dari pelancong Backpackers Amerika Syarikat dan British.

Sumber : NST Online

Kerja Pemetik Buah Australia Secara Haram
 

pengalaman-kerja-pemetik-buah-australia
 

Kalau dulu-dulu, ramai Malaysia ke Australia hanya untuk melancong. Namun sejak kegawatan ekonomi, ramai yang mengambil risiko masuk secara sah ke Australia, dan kemudian tinggal lebih masa untuk bekerja sebagai pemetik buah, pemetik sayur dan macam-macam lagi kerja dengan tidak mempunyai visa dan permit yang sah.

Sebab apa? Sebab gaji yang ditawarkan di Australia hampir bersamaan 3 kali ganda lebih dari gaji yang ditawarkan di Malaysia. Sudah pasti, ia satu tawaran gaji yang lumayan.
 

pengalaman-kerja-pemetik-buah-australia
Kerja Sebagai Pemetik Buah

pengalaman-kerja-pemetik-buah-australia

pengalaman-kerja-pemetik-buah-australia

pengalaman-kerja-pemetik-buah-australia
Pemetik Buah di Australia

 

Namun tahu tak korang, bukan semua yang pergi kerja di Australia hidup dalam kesenangan. Pengalaman kawan terdekat berasal dari Kelantan, telah mencuba nasib kerja di Australia sebagai pemetik buah pada tahun 2016. Kata beliau, ia bagaikan neraka.

Kenapa bagaikan neraka? Sebab, sebelum ke Australia, mereka kena beli tiket sendiri, perlu membayar beberapa jumlah sebagai wang proses dan cagaran untuk sewa rumah dan lain-lain.

Bila dah dapat kerja, mereka bukannya ada kerja setiap hari. Kadang-kadang, untuk 100 orang, hanya ada kosong untuk 50 hingga 70 orang sahaja. Bermakna, lebihan 30 orang terpaksa duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.

Sewa rumah akan dikutip setiap minggu. Ada beberapa bayaran lain juga perlu dibayar dan ia memang agak membebankan. Selain tu, tak boleh bebas ke mana sahaja, kerana memang mereka tidak punyai permit kerja dan kesalahan tinggal lebih masa di Australia.

Paling sedih, bila ramai juag ditipu agen pekerjaan yang selepas mendapat duit, mereka ditinggalkan keseorangan di lapangan terbang di Australia.

Paling kesian, member MrJocko terpaksa lagi menanggung hutang, walaupun tak banyak dan ditangkap oleh pihak Imegresen Australia dan dihantar pulang ke Malaysia. Kalau tak silap, beliau diharamkan untuk jejakkan kaki ke Australia selamanya…

Bila ditanya, katanya MENYESAL SANGAT-SANGAT!!!
 

pengalaman-kerja-pemetik-buah-australia

pengalaman-kerja-pemetik-buah-australia
 

Oleh kerana ramai rakyat Malaysia yang datang ke Australia dan berkerja tanpa permit, melanggar undang-undang Imigresen serta tinggal lebih dari tempoh masa dibenarkan, rakyat Malaysia kini dikenakan perhatian yang lebih dan perlu melalui undang-undang Imigresen yang ketat berbanding beberapa tahun terdahulu.

Sehinggakan, ada beberapa kes, permohonan rakyat Malaysia yang nak melancong ke Australia tidak diluluskan. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/08/19/visa-dibatalkan-saat-akhir/

Jadi, sebaiknya, bagi anda yang nak cuba kerja sebagai pemetik buah di Australia, fikirkan dulu sebaik-baiknya. Jangan kerana korang, rakyat Malaysia yang lain mendapat susah dikemudian hari.

Sekiranya korang betul-betul berminat untuk bekerja di Australia, boleh memohon Visa ke Australia dengan pilihan khusus ‘Temporary Work’ supaya ia sah di sisi undang-undang. Bagaimana cara untuk memohon visa kerja sementara di Australia, boleh ikut langkah seperti yang MrJocko telah lakukan di pautan ini Visa Kerja Sementara Australia Temporary Work.

Baca Pengalaman MrJocko petik buah di Yarra Valley, Melbourne, Australia.

Kerja Sebagai Pemetik Buah di Ladang Buahan Rayner Stone
Petik Sayur di Yarra Valley

Untuk yang dah rancang ke Australia, pastikan mohon Visa lebih awal dan pastikan Visa anda lulus, baru la boleh melancong ke Australia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.