Mandi Manda Di Hutan Lipur Sungai Tua Ulu Yam

Hits: 136

Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sebenarnya ada banyak destinasi pelancongan murah yang boleh kita terokai. Tak perlu pergi jauh, di Taman Negeri Selangor ada banyak sungai untuk aktiviti hujung minggu. Kali ni, kami pergi Mandi Manda Di Hutan Lipur Sungai Tua Ulu Yam.

Kalau dulu, Ulu Yam antara lokasi percutian dalam negeri yang popular. Kawasan hutan simpan Negeri Selangor ini ada beberapa sungai yang boleh dijadikan tempat santai hujung minggu, termasuk Sungai Tua yang sudah terkenal sejak dahulu.

Hutan Lipur Sungai Tua Ulu Yam
 

hutan lipur sungai tua ulu yam
 

Terletak cuma kira-kira 25km dari pusat bandar Kuala Lumpur, ia boleh diakses mudah melalui jalan Batu Caves, Kampung Laksamana, Kampung Nahkoda dan melalui Jalan Ulu Yam. Sepanjang jalan menuju ke Ulu Yam, ada beberapa lokasi yang sesuai untuk korang singgah dan bersantai bersama keluarga.

Kali ini, MrJocko dan keluarga memilih untuk singgah di Taman Negeri Selangor, yang terletaknya jalur air sejuk dari laluan Sungai Tua. Sungai yang tidak terlalu deras dan punyai banyak ruang cetek untuk kanak-kanak mandi, pilihan sesuai kalau datang dengan keluarga.
 

hutan lipur sungai tua ulu yam taman negeri selangor

hutan lipur sungai tua ulu yam taman negeri selangor

hutan lipur sungai tua ulu yam taman negeri selangor

hutan lipur sungai tua ulu yam taman negeri selangor

hutan lipur sungai tua ulu yam taman negeri selangor

Ada banyak ruang parking disediakan di kawasan ini. Namun sebaiknya, kalau nak lebih mudah dan senang, kena datang awal pagi, sebaiknya sebelum pukul 9 pagi.

Tiada bayaran parking dikenakan, tetapi untuk tiket kemasukkan, dikenakan bayaran RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Bayaran yang dikenakan kepada pelancong sebab nak tanggung kos selenggara dan kos buang sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung. Untuk pengalaman santai di Sungai Tua Ulu Yam di Taman Negeri Selangor ini, ia memang murah dan memang berbaloi.

Baca : MrJocko dan Cuti-Cuti Selangor

Ada beberapa lokasi disediakan gazebo, wakaf dan ruang tempat duduk untuk pengunjung. Tetapi sebaiknya, kalau nak ke sini, bawa khemah masing-masing, tikar, alas tempat duduk dan tempat BBQ sendiri untuk kemudahan sendiri.

Nak bakar ayam, daging, hotdog atau dengan kata lain nak BBQ kat sini boleh, tetapi tak boleh la kalau nak buat unggun api yang besar.

Kalau ditanya, ia pengalaman khemah dengan keluarga dan kawan-kawan paling berbaloi. Ruang luas, selesa, nak mandi mudah dan ada kemudahan tandas yang agak selesa.

Info tentang Taman Negeri Selangor, Sungai Tua Ulu Yam ini boleh korang baca di pautan laman web ini https://www.forestry.gov.my/index.php/my/116-hutan-lipur-hutan-taman-negeri/hutan-lipur-negeri-selangor/701-hutan-lipur-sungai-tua

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.