Menu Soft Shell Crab Goreng Crispy Ala Thailand

Hits: 334

Tak lengkap kalau pergi Thailand tak makan Soft Shell Crab. Ya, sejenis ketam lembut yang hampir boleh kita kata sangat lebut dan tiada bertulang. Ia menu unik, kalau ada kesempatan, cuba la Menu Soft Shell Crab Goreng Crispy Ala Thailand.

Kalau pandai cari, ada banyak gerai yang menjual menu ini di Malaysia. Kalau nampak Festival Makanan Thailand, boleh la singgah. InsyaAllah ada. Tapi kalau tak jumpa, boleh cari di Pasar Malam sekitar Kuala Lumpur. Mungkin boleh jumpa menu Ketam Lembut Goreng ini. Tapi, harganya, mahal la sedikit dari harga di Thailand.

Menu Soft Shell Crab Goreng Crispy Ala Thailand
&nbsp

soft-shell-crab-goreng-ala-thailand
 

Soft Shell Crab (ketam isi lembut) adalah istilah kuliner baru untuk ketam yang mula terkenal dalam 5 – 6 tahun kebelakangan ini. Seluruh badan Ketam ini lembut, seakan tiada tulang dan kerang seperti ketam biasa. Keseluruhan ketam jenis Soft Shell Crab ini boleh dimakan dan tak perlu risau dengan kerangka atau tulang kakinya.

Paling terkenal selama MrJocko kembara ialah di destinasi Thailand, di kawasan sekitar Hatyai, Phuket, Krabi, Samui dan beberapa lokasi yang dekat dengan pantai. Mungkin juga sebab, ketam ‘soft shell crab’ ini jauh lebih murah dari harga yang dijual di Malaysia.
 

soft-shell-crab-goreng-ala-thailand

Kalau ketam yang bersaiz besar, selalunya ia akan dimasak sebagai menu dalam Tomyam Hijau, Steam atau juga menu Goreng Biasa. tetapi, kalau yang jenis saiz kecil, Baby Soft Shell Crab, selalunya kalau korang ke Thailand, akan banyak dihidangkan menu Soft Shell Crab Crispy, menu ketam yang digoreng rangup.

Ada banyak resipi cara masak Soft Shell Crab, tetapi yang popular dan mudah ialah di goreng rangup. Soft Shell Crab Fried antara menu yang popular di Thailand.

Ada banyak cara goreng Soft Shell Crab Goreng Crispy Ala Thailand. Antara yang pernah MrJocko cuba ialah goreng biasa, goreng BBQ dan juga Goreng Pedas. Yummy!!!

Baca : MrJocko dan Food Review
 

soft-shell-crab-goreng-ala-thailand

soft-shell-crab-goreng-ala-thailand

soft-shell-crab-goreng-ala-thailand

Bagi yang bertanya, harga untuk satu Paper Bag ini, dijual hanya sekitar RM10. Puas jugak la sebab boleh makan untuk 2 – 3 orang. nak makan sebagai kudapan pun best, nak makan dengan nasi pun boleh.

Kalau nak cuba masak sendiri, boleh cari Resipi Soft Shell Crab Goreng di pautan link ini Deep Fried Soft Shell Crab.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.