Merokok Di Tempat Awam Boleh Di Denda Sehingga RM10,000

Hits: 937

Merokok Di Tempat Awam Boleh Di Denda Sehingga RM10,000 dan penjara sehingga 2 tahun jika disabitkan kesalahan. Ini mungkin berita yang akan memberikan peringatan kepada semua perokok supaya tidak merokok di tempat awam, khususnya di restoran, cafe, Mamak, kopitiam, gerai dan beberapa lokasi awam yang lain.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewartakan (gazetted) semua lokasi terbuka di restoran, cafe, Mamak, kopitiam, gerai dan seumpamanya sebagai salah satu dari kawasan larangan merokok. Ia tempat awam yang perlukan udara bersih!

Merokok Di Tempat Awam Boleh Di Denda Sehingga RM10,000
 
Merokok Di Tempat Awam Boleh Di Denda Sehingga RM10,000
 

Pemerwartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai negara anggota kepada ‘Framework Convention on Tobacco Control’ dan mematuhi garis panduan di bawah Perkara 8 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Sumber : TheCoverage Malaysia No-Smoking Law Malaysia

Sesiapa sahaja, yang ditangkap dan disabitkan kesalahan merokok di tempat awam di Malaysia, boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun.

Setakat ini, ada lebih dari 23 jenis kawasan di wartakan sebagai kawasan larangan merokok di bawah ‘Control of Tobacco Product (Amendment) Regulations 2017’.

Kawasan ini termasuk pusat hiburan, theater, elevators, tandas awam, bilik berhawa dingin, kenderaan awam, lapangan terbang, bangunan kerajaan dan kawasan yang digunakan untuk perhimpunan.
 

Merokok Di Tempat Awam Boleh Di Denda 02
Bagaimana dengan Vape?

 

Namun setakat ni, tak ada pula infom tentang Hisap Vape? Denda Hisap Vape di tempat awam adakah sama dengan Merokok?
 

Merokok Di Tempat Awam Boleh Di Denda 02
Kawasan Merokok di Jepun

Sangat setuju dengan perlaksanaan undang-undang baharu Malaysia ini kerana ia akan memberikan ruang yang lebih sihat kepada semua. Namun untuk sementara, perlu disediakan lokasi untuk perokok ini merokok, seperti yang dibuat di negara Jepun.

Di Jepun, ada beberapa ruang khas kecil di sediakan untuk perokok merokok supaya mereka dapat melepaskan gian merokok dan tidak menyusahkan orang lain yang bukan perokok.

Rasanya, ketika melancong di Korea juga, ada mempunyai kawasan merokok khas bagi perokok. Setidak-tidaknya ia memberi ‘pilihan’ kepada perokok untuk mengurangkan aktiviti merokok mereka dan masih diberi peluang untuk merokok di tempat tertentu.

Jadi, diharapkan kepada pihak berwajib, samada Dewan Bandaraya atau pihak yang berkenaan menyediakan ruang kecil untuk perokok ini untuk mereka menyesuaikan diri dengan undang-undang baru ini.

Oh ya! Katanya undang-undang baru, larangan merokok di Tempat Awam di Malaysia akan dikuatkuasa sepenuhnya pada bulan Disember 2018 ini. Untuk perokok, sila berhati-hati. Jangan sampai kena saman RM10,000.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.