Pameran Belon Garden of Harmony di IPC Mutiara Damansara

Hits: 91

IPC Mutiara Damansara sedang meraikan Mid-Autumn Festival di pusat membeli belah berkenaan. Bermula dari beberapa hari lepas sehingga 30 Sepetember 2018, mereka kan mempamerkan gubahan belon warna warni yang dibina unik dan kreatif mencipta Yin dan Yang. Pameran Belon Garden of Harmony di IPC Mutiara Damansara ini adalah PERCUMA!

Antara tarikan utama ialah belon yang berwarna mencipta kerektar Naga yang di kenali sebagai nama ‘Yang’ (bagi masyarakat Cina). Ia adalah seekor Naga setinggi 50 kaki tinggi. Turut bersama ialah Yin, burung Pheonix setinggi 9 kaki tinggi, terletak di ruang legar utama IPC Shopping Centre Mutiara Damansara.

Garden of Harmony di IPC Mutiara Damansara
%nbsp;

Garden of Harmony di IPC Mutiara Damansara

Garden of Harmony @ Atrium, Level G.

MrJocko dan keluarga sempat singgah di IPC Shopping Mall minggu lepas. Kebetulan shopping barang dapur, singgah sekejap untuk melihat sendiri kehebatan gubahan belon-belon berwarna ini di bentuk menjadi naga, burung pheonix, burung, jambatan, taman dan pelbagai lagi hentuk haiwan yang menarik.
 

Garden of Harmony di IPC Mutiara Damansara

Garden of Harmony di IPC Mutiara Damansara

Garden of Harmony di IPC Mutiara Damansara

Garden of Harmony di IPC Mutiara Damansara

Garden of Harmony di IPC Mutiara Damansara
 

Kalau anak-anak, memang suka bergambar di sini sebab ada banyak bentuk menarik boleh mereka lihat sendiri. Bukan sahaja haiwan, beon-belon ini dibina bentuk struktur binaan, pokok-pokok, air terjun dengan menggambarkan ia sebuah taman kayangan.

Si Kecil, Iris memang tak senang duduk melihat belon-belon ini. Maklumlah, kalau biasa lihat belon sahaja, tapi kali ini lihat bentuk yang dibuat seakan bentuk haiwan dengan rekaan taman yang cantik, seperti taman sebenar.

Kalau ada masa, berada di sekitar Mutiara Damansara. boleh singgah di IPC Shopping Mall ini. Santai bersama keluarga di IPC dengan melihat sendiri bentuk belon yang dibentuk taman kayangan ini. Cantik dan Menarik!!!

Video Garden of Harmony boleh di saksikan di sini :

Garden of Harmony @ IPC Shopping Centre

Make it a Mid-Autumn Festival to remember by swinging by IPC to say hi to Yang, our 50ft long dragon and Yin, our stunning 9ft tall phoenix! Their current address? Garden of Harmony @ Atrium, Level G. See you there from now till 30 September!

Posted by IPC Shopping Centre on Sabtu, 22 September 2018

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.