Pasar Malam Gadong Brunei Ada Macam-Macam

Hits: 396

Memandangkan Brunei dan Malaysia adalah serumpun, legasi dan budaya Pasar Malam tidak jauh beza dengan Malaysia. Dan, sekiranya anda mahu mencari menu makanan jalanan Brunei (street foods) yang tulen, destinasi Pasar Malam Gadong Brunei Ada Macam-Macam.

Seakan menjadi ikon terbaru di Brunei, Pasar Malam Gadong Brunei (Gadong Night market) adalah lokasi terbaik untuk semua pelancong untuk mengenali menu makanan dari negara Brunei Darussalam. Pelbagai menu tradisi, menu terkenal di Brunei, buahan, sayuran dan banyak lagi citarasa yang ditawarkan di sini.

Pasar Malam Gadong Brunei Ada Macam-Macam
 

pasar-malam-gadong-brunei-01 copy

Mengikut info, Pasar Malam Gadong Brunei (Gadong Night Market) ini mula dibuka seawal jam 3.00 petang sehingga jam 12.00 malam.

Kalau nak tahu, di Pasar Malam Gadong Brunei ini ada lebih dari 156 vendor yang menjalankan perniagaan di bawah satu bumbung, menjual makanan penjaja, hasil segar, kraf tangan dan pelbagai barangan lain termasuk pakaian.

Kat sini, boleh jumpa banyak hidangan tempatan seperti sate (lidi daging barbeku), kuey teow, nasi katok (nasi lemak) dan macam-macam lagi dijual dalam pelbagai variasi.
 

pasar-malam-gadong-brunei

pasar-malam-gadong-brunei

pasar-malam-gadong-brunei

Ikan Bakar Pasar Malam Gadong

pasar-malam-gadong-brunei

pasar-malam-gadong-brunei

Ada beberapa bahagian dalam bangunan ini, di lantai diletakkan pelbagai jenis buahan tempatan untuk jualan. Antara yang menjadi pilihan ialah durian, durian otak udang (isi merah), buah manggis, rambutan, buah kelayau dan banyak lagi.

Kalau dulu, Pasar Malam Gadong Brunei ini terletak diruang terbuka. Kini, didirikan satu bangunan yang luas dan lebih selesa untuk peniaga dan pengunjung menjalankan urusan jual beli di sini.
 

pasar-malam-gadong-brunei
Buah Kelayau

pasar-malam-gadong-brunei

Durian

pasar-malam-gadong-brunei
&nbsp:

Lokasi Pasar Gadong Brunei terletak hanya kira-kira sekitar 4km dari pusat Bandar Seri Begawan. Untuk ke sini, kalau dari pusat bandar, boleh naik teksi dengan bayaran sekitar BND10 perjalanan satu hala.

Pastinya destinasi seperti Pasar Malam Gadong ini antara lokasi wajib singgah kalau MrJocko ke Brunei. Dah la banyak pilihan makanan dan minuman, lebih menarik, ia umpama pusat jualan setempat bagi penduduk Brunei yang mungkin akan menawarkan harga yang lebih murah dan berbaloi.

Sumber :
Lonely Planet Gadong Night Market
Sutera.co

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.