Pulau Peranginan Di Terengganu Di Tutup Sementara

Hits: 349

Khas buat semua yang suka kembara dan melancong dalam Malaysia, Pulau Peranginan Di Terengganu Di Tutup Sementara. Semua hotel, resort, chalet dan homestay di pulau peranginan sekitar Terengganu dijangka akan ditutup kepada semua pelancong bermula bulan Oktober 2018 ini.

Penutupan pulau-pulau perangin itu dibuat adalah bertujuan sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh dan kemungkinan kesan dari cuaca yang tidak elok di perairan negeri Terengganu.

Pulau Peranginan Di Terengganu Di Tutup Sementara
 

Pulau Peranginan Di Terengganu Di Tutup Sementara
 

Kebiasaannya, bermula bulan Oktober sehingga Februari setiap tahun, cuaca di perairan negeri Terengganu agak mencabar. Keselamatan pelancong adalah keutamaan pihak berwajib dan atas sebab itu, mereka memutuskan untuk menutup sementara operasi hotel, resort, chalet dan homestay di pulau-pulau perangin Terengganu.

Untuk tempoh penutupan sementara pulau peranginan di Terengganu ini, pihak berwajib meminta agar pengusaha hotel, resort, chalet dan homestay agar mengambil kesempatan untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaran serta menaik taraf penginapan mereka demi kepentingan bersama.
 

Pulau Peranginan Di Terengganu Di Tutup Sementara

Pulau Peranginan Di Terengganu Di Tutup Sementara
 

Secara peribadi, pernah dua kali melancong ke Pulau Perhentian. Pulau lain di Terengganu seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, Pulau Tenggol, Pulau Gemia dan Pulau Bidong, masih belum berkesempatan untuk ke sana. InsyaAllah, suatu hari nanti kalau ada rezeki, kami nak terokai keindahan pulau-pulau yang menarik di Terengganu.

Untuk lihat senarai Pulau-pulau Menarik di Terengganu, boleh baca di pautan ini.

Pulau-pulau di Terengganu antara pulau-pulau terbaik di Malaysia. Ia terletak di persisir Laut China Selatan dan mudah akses. Kalau tiba musim yang sesuai, pulau-pulau di Terengganu menjadi antara tumpuan pelancong dunia, termasuk dari negara Eropah dan juga Asia.

Ada banyak pakej murah untuk ke pulau-pulau di Terengganu dan anda boleh dapatkan dari Operator dan Travel Agent tempatan dengan harga yang berpatutan. Namun, sebaiknya, kalau nak beli pakej, pastikan anda beli dari mereka yang mempunyai lesen dan juga dipercayai.

Memandangkan pulau-pulau sekitar Terengganu di tutup sementara, ini masa untuk melancong di negeri-negeri yang tidak terjejas dengan musim tengkujuh. Kalau ada rezeki lebih, boleh la melancong ke luar negara. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.