Review Kamera Sony RX100 Mark VI Kecil Tapi Sangat Power

Hits: 183

Kali terakhir MrJocko guna kamera siri RX100 ialah pada tahun lepas. Model Sony RX100 Mark IV (Sony RX100 Mark 4). Kecil, senang bawa dan terbaik. Kini, tiba masa untuk Review Kamera Sony RX100 Mark VI, model kamera kecil tapi sangat Power. Ia umpama kamera yang lengkap untuk merakam gambar dan merakam video berkualiti 4K.

Boleh baca review kamera Sony RX100 Mark IV di sini.

Ramai photographer memberikan gelaran kepada model Sony RX100 Mark VI ini sebagai ‘tiny premium camera’ kerana kelebihan yang ada pada badan kecil ini. Sangat sesuai untuk traveller, kamera bersaiz poket, senang di simpan di pocket hadapan atau belakang, bersedia untuk mengambil apa sahaja situasi.

Review Sony RX100 Mark VI (RX100VI)
 

review-sony-rx100-vi
 

Pengalaman guna kamera saiz kompak RX100 Mark VI ini(compact size camera RX100 Mark VI), memudahkan kerja. Sebab apa, saiz kecil membolehkan ia senang dibawa kemana sahaja. Tak perlu storan atau beg besar. Malahan, nak simpan dalam poket baju kemeja pun muat.
 

review-sony-rx100-vi

review-sony-rx100-vi

review-sony-rx100-vi
Kamera Kecil Bersaiz Poket

 

Kamera poket mewah seperti Sony RX100 VI adalah campuran sempurna antara kamera mirrorless dan kamera point-and-shoot. Kamera Sony RX100 Mark VI ini membolehkan anda merakam foto dan video terperinci lebih baik daripada yang anda dapat dengan telefon anda. Paling menarik, anda boleh memindahkan hasil tersebut ke telefon anda untuk menyiarkannya ke media sosial menggunakan aplikasi Play Memories. Mudahkan?

Untuk Blogger dan yang aktif di media sosial seperti MrJocko, ia kamera idaman. Rakam gambar yang kami mahukan, sync ke dalam smartphone melalui WiFi kamera dan kemudian upload dalam Facebook, Instagram atau Twitter. Done!!!
 

review-sony-rx100-vi
Gambar Event Di Dalam Bangunan
review-sony-rx100-vi
Gambar Event di Luar Bangunan

review-sony-rx100-vi
Zoom

 

Banyak event dan majlis yang MrJocko sertai, perlu di kongsi secara langsung dan cepat. Sebab itu, dengan kemudahan ‘pairing’ yang ada dalam kamera RX100 Mark VI ini memang membantu.
 

review-sony-rx100-vi
Gambar Makanan
review-sony-rx100-vi
Budu

Ambil gambar makanan pun menarik. Kalau yang jenis pandai ambil angle kamera, lagi la cantik. Senang saja nak shoot guna RX100VI.
 

review-sony-rx100 mark vi
Gambar Selfie
review-sony-rx100 mark vi
Dalam Bangunan
review-sony-rx100 mark vi
Gambar Pemandangan Malam

review-sony-rx100 mark vi
Gambar Malam, facing Backlight

 

Untuk binaan badan kamera RX100 Mark VI, kualiti membina casis logam RX100 adalah kukuh dan boleh dipercayai, Namun, sayang sebab tetapi tidak ada kelebihan Shock Resistance dan juga Water Resistance. Tapi kalau setakat hujan sikit-sikit, boleh lagi. Kena berjaga-jaga.

Model ini ada built-in electronic viewfinder. Grip badan yang agak selesa, namun butang untuk VIDEO Recording agak tidak selesa bagi MrJocko. Kena cari lokasi lain untuk disesuaikan. Mungkin pohak Sony boleh pertimbangkan untuk mengubah lokasi butang RECORD Video RX100 series.

Harga kamera RX100 VI ini dijual dengan harga retail RM4,899.
https://www.sony.com.my/electronics/cyber-shot-compact-cameras/dsc-rx100m6

Nota Kaki :

Harga Sony RX100 Mark 6 paling murah setakat ni boleh korang jumpa di laman belian online Shopee Online Sony RX100 VI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.