Taman Mahkota Jubli Emas Bandar Seri Begawan Brunei

Hits: 160

Menjadi tarikan popular dan terkini, sebuah taman yang dihias indah kini menjadi kunjungan popular rakyat Brunei. Ia dikenali dengan nama Taman Mahkota Jubli Emas yang terletak di Bandar Seri Begawan, diantara Kampung Ayer dan juga Sungai Brunei.

Taman Mahkota Jubli Emas Bandar Seri Begawan Brunei, yang dahulu dikenali sebagai Taman Eco Koridor (Taman Eco-Koridor), adalah sebuah taman awam di Bandar Seri Begawan, Brunei. Sebelum ini ia sudah menjadi lokasi tumpuan, dan kini selepas dicantikkan lagi, ia semakin mendapat tempat dihati pelancong dalam dan luar negara.

Taman Mahkota Jubli Emas Bandar Seri Begawan Brunei
 

Taman Mahkota Jubli Emas Brunei
 

Taman Mahkota Jubli Emas ini telah dibuka pada tarikh 22 Oktober 2017 sempena dengan pengangkatan Jubli Emas Sultan Brunei, iaitu Sultan Hassanal Bolkiah ke takhta sebagai Sultan Brunei ke-29 dan sultan yang memerintah jajahan taklukan Brunei sehingga hari ini.

Untuk makluman semua, Taman Mahkota Jubli Emas adalah taman sungai seluas 12 hektar (30 ekar) yang terletak di tepi sungai di sepanjang Sungai Kedayan yang mengalir ke mulut yang mengalir ke Sungai Brunei. Taman ini mempunyai persiaran yang lebarnya 6 meter untuk pejalan kaki dan juga untuk penunggang basikal, serta ruang taman dan hijau untuk aktiviti rekreasi.

Menariknya, taman ini terdapat sebelas pusat akses ke taman. Sembilan dari laluan tanah dan dua darinya ialah dari laluan sungai melalui jeti.

Salah satu titik akses adalah melalui Jambatan Pejalan Kaki Sultan Omar Ali Saifuddien, yang melintasi sungai dan menghubungkan taman dengan kawasan yang bertentangan.
 

Taman Mahkota Jubli Emas 02

Taman Mahkota Jubli Emas
 

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Brunei

Taman ini mungkin tujuan untuk pelancong, tetapi ia adalah satu lokasi santai yang menarik untuk semua. Lagipun, pemandangan dari taman ini menghadap ke beberapa sudut memang memberikan pemandangan yang cantik, lebih-lebih lagi bila tiba waktu matahari terbenam.

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini dan sesiapa sahaja boleh beriadah di sini. Samada korang jenis yang suka joging, suka exercise atau hanya lepak santai di Taman Mahkota ini, semua dialukan.

Untuk ke sini mudah sahaja. Boleh cari lokasi di laman Waze atau Google Maps.

Info lengkap tentang Taman Mahkota Jubli Emas ini boleh layari Wikipedia Taman Mahkota ini.

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.