Senarai Travel Blogger Malaysia MrJocko Perhargaan Untuk Penulis

Hits: 370

Penulis Blog Kembara di Malaysia semakin bertambah sejak 5 tahun yang lepas. Rata-rata mereka berkongsi banyak input dan informasi terbaik kepada pembaca yang bakal berkunjung ke lokasi menarik pilihan masing-masing. Untuk mereka yang meletakkan MrJocko sebagai salah satu dari senarai Travel Blogger Malaysia pilihan mereka, setinggi-tinggi penghargaan kepada Penulis tersebut.

Selama lebih 10 tahun menulis dalam niche travel, antara tujuan utama, adalah untuk berkongsi pengalaman kepada mereka-mereka yang mungkin belum berkesempatan untuk melawat sesuatu destinasi menarik di pelusuk dunia. Dengan perkongsian info kembara, hotel review, food review dan juga pakej pelancongan, di harap ia beri maklumat berguna kepada semua.

Travel Blogger Malaysia MrJocko Perhargaan Untuk Penulis
 

travel-blogger-malaysia
 

Pertama kali terbaca tentang perkongsian Travel Blogger Malaysia ialah di laman web Bro Wilson Ng. Beliau penulis travel hebat di www.placesandfoods.com. Boleh baca entry beliau di sini http://www.placesandfoods.com/2017/02/top-25-travel-bloggers-malaysia.html.

Antara 25 Travel Blogger Pilihan beliau, MrJocko diberi penghormatan di tangga ke-17. Terima kasih Sifoo. Beliau antara blogger hebat dan MrJocko banyak belajar dari Apek Gemuk ini. Beberapa kali pernah bersama beliau dalam Media Trip, Apek Gemuk ni mulut kasar, tapi hati dia, memang baik.

Kali kedua, terbaca satu lagi paparan di laman web Rahsia Melancong. Baca di sini https://rahsiamelancong.blogspot.com/2018/01/travel-blog.html.

Sebenarnya, tak pernah kenal penulis Blog Rahsia Melancong ini. Bila lihat kepada entry Blognya pun hanya satu entry sahaja. Yang lain pergi mana? Apapun, terima kasih banyak-banyak kerana sudi meletakkan MrJocko sebagai Travel Blogger Malaysia ke-6.

Yang paling latest MrJocko baca ialah di laman Web SushiVid.com Baca entry di sini https://blog.sushivid.com/top-10-travel-influencers-in-malaysia.

SushiVid antara PR Company yang menguruskan Blogger dan Influencer Talent untuk rangkaian pelanggan di sekitar Asia. Pernah beberapa kali sertai majlis mereka dan pernah bertemu dengan team SushiVid ini termasuk Founder mereka Ms YuhWen Foong.

Untuk kesemua effort dan perkongsian mereka, terima kasih banyak-banyak. Saya, sebagai penulis blog yang menulis lebih kepada Niche Travel, tidak mengharapkan anugerah yang tinggi untuk perkongsian kami. Cukup la sekadar korang kongsi balik informasi di blog kami kepada pembaca lain yang mungkin memerlukan informasi tersebut.

Untuk MrJocko, 5 Travel Blogger Malaysia yang sentiasa menjadi inspirasi untuk tahun 2018 ialah :

1. http://www.pojiegraphy.com – Pojie
2. http://www.mytravellicious.com – Abang Fadli
3. http://www.placesandfoods.com – Wilson Ng
4. http://blog.malaysia-asia.my – David Hogan
5. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com – Khairuddin

Mereka-mereka ini adalah antara penulis blog kembara yang berpengalaman dengan penceritaan tentang pengalaman kembara mereka melalui sudut yang berbeza.

Kalau nak dapatkan info tentang travel, destinasi, review makanan, pakej dan pilihan travel menarik, bolehlah layari laman blog mereka. Sangat informatif.

Sokong lah kami sebagai Penulis Blog Kembara untuk pembaca semua. Bagi saya sebagai penulis Blog Kembara Malaysia, atau Malaysia Travel Blogger, kami mengharapkan usaha kami dinilai sewajarnya seperti blogger di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina yang mana mereka dibayar setimpal dengan usaha mereka dalam mempromosikan destinasi pelancongan dan tempat-tempat menarik di seluruh dunia.

Akhir sekali, untuk pembaca blog kembara MrJocko, terima kasih atas sokongan selama ini. Teruskan melancong, kenali dunia, kenali diri anda dan kongsilah kepada dunia.

Travel Blogger Malaysia

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.