Wajib Lawat Kampung Ayer Brunei Darussalam

Hits: 327

Suasana kampung yang menjadi tarikan utama pelancong di Brunei paling popular di Kampung Ayer, Bandar Seri Begawan. Kampung sejarah ini sudah lama terkenal dari dulu lagi, khususnya bagi penduduk di Kepulauan Borneo. Sebab itu, kepada semua pelancong luar dari negara Brunei, ia adalah satu destinasi Wajib Lawat Kampung Ayer Brunei Darussalam.

Kampung Ayer (Kampung Air) dikatakan mempunyai penduduk sekitar jumlah 30,000 dan mendiami rumah-rumah yang dibina di dalam air, atau lebih tepat dibina di atas permukaan air laut.

Wajib Lawat Kampung Ayer Brunei Darussalam
 

kampung ayer brunei darussalam
 

Dahulu, Kampung Ayer adalah nadi utama di Brunei yang mana majoriti penduduknya adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Berada di perkarangan muara Sungai Brunei dan dekat dengan pusat bandar dan ibu negara Brunei, iaitu Bandar Seri Begawan. Kalau nak tahu, Kampung Ayer ini juga dikenali oleh ramai pelancong asing dengan jolokan nama Venice of The East.
 

kampung ayer brunei darussalam
Rumah Moden di Kampung Ayer

kampung ayer brunei darussalam

kampung ayer brunei darussalam

kampung ayer brunei darussalam

kampung ayer brunei darussalam
 

Kalau ke kampung Ayer, banyak aktiviti yang boleh korang buat. Ada banyak restoran makanan laut dan menu makanan tradisi Brunei boleh di cuba dengan harga yang sangat berpatutan.

Untuk mereka yang suka travel backpackers, kat sini pun ada banyak Homestay dan AirBNB. Kalau nak bilik hotel yang selesa, boleh menginap di hotel-hotel baru di Bandar Seri Begawan. Untuk ke Kampung Ayer, boleh guna pengangkutan awan seperti Teksi atau juga lebih unik dengan menggunakan Teksi Air (Water Taxi) Sampan dengan harga yang lagi murah.

Kalau nak pusing sekitar Kampung Ayer, boleh guna khidmat penduduk tempatan. Ada banyak servis penduduk Kampung Ayer yang menawarkan harga ‘Ground Tour’ termasuk menggunakan bot atau sampan di sekitar kawasan ini, termasuk ‘Mangrove Forest’

Di kawasan sekitar Kampung Ayer ni ada banyak hutan kecil dan di sini ada beberapa lokasi yang dihuni oleh Monyet Hidung Mancung, atau dikenali sebagai Proboscis Monkey.

mengikut informasi dari blogger-blogger kembara lain, pakej untuk pusing ‘Ground Tour’ di sini sekitar BND40 – BND50 bagi servis 2 jam untuk pusing-pusing dengan sampan atau bot.

Infomasi tentang Kampung Ayer, boleh lawati Wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Kampong_Ayer

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.