Eddie Putera Miniature Gallery Di GMBB Kuala Lumpur

Hits: 857

Sebelum ini, dia dikenali sebagai Sifoo (Guru) dalam Photography. Antara Otai dalam dunia fotografi dan ikon kepada ramai peminat seni fotografi. Namun beberapa tahun lepas, minatnya ke dunia diorama, sekali lagi melonjakkan nama beliau dalam bidang kreatif ini. Hari ini, sebahagian dari koleksi diorama dan miniature beliau, boleh di saksikan di Pameran Eddie Putera Miniature Gallery Di GMBB Kuala Lumpur.

Lebih menakjubkan, orang tua ini hanya mengambil masa kurang dari 2 tahun sahaja untuk menjadi ‘master’ dalam dunia kecil diorama dan maniature ini. Itu lah yang dikatakan sebagai ‘real talent’.

Eddie Putera Miniature Gallery Di GMBB Kuala Lumpur
 

eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur

eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur
 

Pernah dilabelkan ‘Orang Gila’ oleh ramai orang, namun, Orang Gila ini membuktikan yang dia seorang Gila yang memberikan inspirasi kepada ornag lain yang tidak gila. Seorang yang tidak gila, mana boleh habiskan berhari-hari, berminggu-minggu di dalam satu bilik menyiapkan kerja tanpa melihat matahari, langit dan juga bulan.

Itu perumpamaan untuk Orang Gila Eddie Putera ini sebagai Artis Diorama yang kini menjadi artis seumpamanya, terbaik di Malaysia.
 

eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur
Eddie Putera
eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur
Ruang Pameran di G Floor GMBB Kuala Lumpur
eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur
Motor Honda Cup klasik
eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur
Kereta Klasik cara kampung…

eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur
Pekan

 

Hasil dari diorama hebat beliau kini dipamerkan di banyak lokasi, termasuk dalam acara Samsung Unpacked Kuala Lumpur 2018 Pelancaran Galaxy A9 dan Galaxy A7 baru-baru ini.

Dan bagi peminat seni halus ini, diorama dan miniature, boleh ambil peluang untuk melihat sendiri betapa halus seni kreatif Eddie Putera mempamerkan hasil beliau di ruang legar G Floor di bangunan GMBB Kuala Lumpur.

Pameran ini terlah berlangsung dari 10 Oktober 2018 lagi dan akan dipamerkan di sana untuk tontonan umum sebagai pameran utama. MASUK ADALAH PERCUMA!!!
 

eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur

eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur

eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur
Perkampungan Nelayan
eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur
Air Terjun
eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur
Pekan

eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur

eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur
Motor Klasik Honda

 

Baca : MrJocko dan Selebriti

Pameran Eddie Putera Miniature Gallery Di GMBB Kuala Lumpur ini sangat bersesuaian untuk sesiapa sahaja. Ia kerana menampilkan konsep umum yang mempamerkan hasil seni menggambarkan kehidupan kampung, pekan, pemandangan dan juga beberapa model miniature mainan.

Secara peribadi, pameran diorama dan miniature seperti ini boleh menarik pelancong untuk turut serta. Pihak swasta dan pihak Kerajaan boleh mengambil inisiatif seperti ini untuk mempromosikan lagi produk pelancongan seperti ini dengan cara yang lebih kreatif.

Hasil seni seperti ini, jika diletakkan di lokasi yang bersesuaian, ia mampu menarik minat ramai pengunjung dan pelancong untuk mempromosikan banyak lagi produk pelancongan di Malaysia.
 

eddie putera miniature gallery gmbb kuala lumpur

Untuk anda yang berminat untuk lihat banyak lagi koleksi menarik Eddie Putera, boleh ke bangunan baru GMBB Kuala Lumpur.

Kredit Gambar : Kamera Smartphone Neffos C9A

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.