Samsung Galaxy A9 Quad Camera Samsung Unpacked Kuala Lumpur

Samsung Galaxy A9 Quad Camera Samsung Unpacked Kuala Lumpur berlangsung meriah di sebuah hotel baru W Hotel Kuala Lumpur. Samsung Electronics Ltd. mengumumkan smartphone terbaru mereka, Samsung Galaxy A9, telefon pintar yang mempunyai 4 kamera, menjadikannya smartphone pertama yang mempunyai 4 kamera di dunia setakat ini.

Samsung Galaxy A9 (2018) ini dibina bagi mereka yang suka meneroka, merakam gambar dan video dan berkongsi di media sosial ketika mereka melihatnya. Model Galaxy A9 (2018) ini seakan gadget kamera lengkap menyerupai kamera profesional yang memberikan kualiti gambar yang terbaik.

Baca informasi tentang Samsung Galaxy A9 (2018)

Samsung Galaxy A9 Quad Camera
 

Samsung Unpacked Galaxy A9

Samsung Unpacked Galaxy A9
 

“Sebagai peneraju global dalam inovasi telefon pintar, kami memahami permintaan inovasi yang bermakna dalam dunia pantas yang didorong oleh komunikasi visual,” kata DJ Koh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IT & Komunikasi Bergerak Bahagian di Samsung Electronics.

Fokus utama smartphone Galaxy A9 Quad Camera ini ialah teknologi kamera telefon pintar terkemuka di dunia dengan keupayaan smartphone bersama harga yang berpatutan.

Fungsi ‘Kamera Quad Rear Inovatif (4 Kamera)’ dalam peranti Galaxy A9 membolehkan anda menangkap gambar dinamik dan cantik dengan mudah. Dengan empat kanta lensa, ia punyai lebih kuasa untuk kreativiti rakaman gambar untuk menghasilkan kualiti yang cantik. Tak kira samada anda seorang jurufoto atau orang biasa.

Antara yang menjadi tumpuan dalam smartphone #GalaxyA9 ini ialah :
 
• Zoom Optik 2x untuk rakaman close-up yang luar biasa dan terperinci walaupun dari jauh.
• Lens Ultra Wide sehingga 120°, dan merakam gambar seperti Pro dengan Pengoptimuman Scene. Ada pengiktirafan pemandangan AI, yang mana ia boleh mengenal pasti subjek dan menyesuaikan tetapan sewajarnya untuk foto terbaik dalam sekelip mata.
• Lensa ‘Depth Lens’ yang memberikan kesan bokeh yang cantik. Ia memberi tumpuan kepada subjek untuk imej-imej yang menakjubkan dan kelihatan profesional.
• Walaupun dalam keadaan ‘low light’ hasil gambar akan lebih terang dengan pengurangan kesan ‘noise’ dengan kualiti 24MP.

Baca : Pelbagai Smartphone Samsung

 

Samsung Unpacked Galaxy A9

Samsung Unpacked Galaxy A9

Samsung Unpacked Galaxy A9

Samsung Unpacked Galaxy A9

Samsung Unpacked Galaxy A9

Samsung Unpacked Galaxy A9

Samsung Unpacked Galaxy A9

Samsung Unpacked Galaxy A9

Samsung Unpacked Galaxy A9
 

Samsung Galaxy A9 2018 ini mempunyai kuasa bateri 3,800mAh yang boleh meningkatkan prestasi jangka panjang yang luar biasa. Storan dalaman yang besar, boleh menyimpan lebih banyak dengan penyimpanan 128GB storan dalaman Galaxy A9 dan sehingga 512GB memori ‘external memory’.

Direka untuk menjadikan kehidupan lebih mudah, Galaxy A9 Quad Camera mempunyai aplikasi Bixby, Samsung Pay dan Kesihatan Samsung dan anda boleh mengambil kesempatan daripada banyak manfaat pelbagai tugas yang ditawarkan Galaxy A9, termasuk App Pair.

Seperti biasa, Galaxy A9 adalah hasil reka bentuk Kelas Pertama, dengan tiga warna yang unik iaitu Kaviar Hitam, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink dengan rekabentuk yang anggun dan ergonomik. Bagi orang Asia, saiz ini sesuai di tapak tangan dengan kaca 3D melengkung untuk rasa selesa yang berkualiti tinggi.

Ramai yang tanya, berapa harga Samsung Galaxy A9 Quad Camera (2018) di Malaysia?
Harga Samsung Galaxy A9 belum diumumkan lagi, tetapi MrJocko andaikan ia akan dijualdalam anggaran harga RM1999 dan ia akan tersedia pada bulan November di Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy A9, lawati: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a9-a920/SM-A920FZBDXME/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.