Hapuskan Malaysia Tourism Tax Untuk Sementara

Hits: 336

Kerajaan sebelum ini dibawah Menteri Pelancongan telah memperkenalkan Cukai Pelancongan (Tourism Tax) Malaysia bermula 1 Julai 2017. Kesan daripada Tourism Tax Malaysia ini, banyak bilik hotel di Malaysia terpaksa menaikkan harga bilik. Kini dengan Kerajaan baru, sebagai Blogger Kembara, saya secara peribadi memohon Untuk Hapuskan Malaysia Tourism Tax Untuk Sementara, sehingga kita di Malaysia betul-betul bersedia untuknya.

Minggu ini terbaca di The Edge tentang MOTAC yang sedang merancang untuk meminta dana yang dikumpul dari Tourism Tax Malaysia untuk digunakan bagi menampung projek-projek yang berkaitan pelancongan.

Hapuskan Malaysia Tourism Tax Untuk Sementara
 

tourism tax malaysia

Sila rujuk http://www.theedgemarkets.com/article/motac-plans-seek-share-tourism-tax
 

The Ministry of Tourism, Arts and Culture plans to apply for a certain amount of allocation from the revenue collected from Tourism Tax to be used as addition funding for national tourism, arts and heritage efforts.

Its Minister, Datuk Mohamaddin Ketapi, said that it was fair if a little of the revenue which was managed by the Ministry of Finance be given to his Ministry.

Memang saya sedia maklum bahawa, cukai RM10 untuk satu malam penginapan di bilik hotel dikenakan hanya kepada pelancong luar negara dan ia bertujuan untuk menjana pendapatan kepada negara. Namun, pernah tak kita terfikir bahawa, room rates di Malaysia sebenarnya agak mahal berbanding pesaing terdekat Indonesia dan Thailand. (Mohon jangan banding dengan Singapura, kerana kelas mereka jauh melepasi standard Malaysia).

Pernah tak kita juga terfikir, tahap servis di Malaysia, khususnya servis di hotel Malaysia adakah mencapai tahap yang standard dunia?

Tambahan pula, sejak 5 hingga 10 tahun yang lepas, kita di Malaysia, tidak banyak mempunyai destinasi pelancongan yang baru, ikon pelancongan yang baru, serta tempat wajib lawat yang baru. Kita hanya menggunakan produk yang sama, berulang-ulang sejak 10 tahun lepas, tanpa ada penambahbaikan yang sepatutnya terhadap industri pelancongan Malaysia.

Ambil contoh Indonesia, betapa banyak produk pelancongan baru tumbuh di Yogyakarta, Bandung, Lombok dan juga di Surabaya, menjadikan lokasi itu antara destinasi pelancongan popular di Asia.

Saya pasti ada banyak cara untuk mengutip hasil cukai dari industri pelancongan Malaysia. Pihak Tourism Malaysia pasti lebih arif dan pandai dalam menjana idea untuk tujuan tersebut. Sebab itu, buat sementara Hapuskan Malaysia Tourism Tax.

Namun secara peribadi, mengenakan CUKAI TAMBAHAN TOURISM TAX MALAYSIA belum lagi sesuai untuk pasaran Malaysia. Oleh itu, saya mencadangkan supaya cukai pelancongan untuk Malaysia ini dimansuhkan seketika, tarik dulu pelancong dengan produk pelancongan baru dan apabila tahap servis kita berada di tahap memuaskan, baru kita mengenakan cukai pelancongan (Tourism Tax) ini kepada semua pelancong luar negara.

Baca juga : Kesan Baik dan Buruk akibat Tourism Tax

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.