Kopi Peng Kopi Bintang Viral Auntie Avelyn Di Penang

Hits: 71

Kopi selalunya dikaitkan dengan orang tua. Kenapa? Sebab orang tua jer yang suka minum air kopi. Namun, jangan terkejut, evolusi kopi kini semakin menjurus kepada rasa yang lebih hipster dan ternyata ramai orang muda kini beralih kepada Kopi, lebih-lebih lagi kopi premium. Namun, kali ini, nak kongsi Kopi biasa, tetapi rasa sedap. Kopi Peng Cina yang sudah viral dan semakin dicari oleh peminat kopi kalau ke Pulau Pinang. Inilah dia, Kopi Peng Kopi Bintang Viral Auntie Avelyn Di Penang.

Terletak berdekatan dengan Hotel Cititel Express Penang dan berada dilokasi Lebuh Noordin Pulau Pinang. Ada gerai kecil dan beberapa bangku serta meja kecil di bangunan lama di sini, tempat beroperasinya jualan kopi Cina yang sedap Kopi Peng Kopi Bintang yang dipunyai oleh pemiliknya Auntie Avelyn Ang.

Kopi Peng Kopi Bintang Viral Auntie Avelyn Di Penang
 

Kopi Peng Kopi Bintang Auntie Avelyn Penang

 

Gerai ini mula dibuka seawal jam 8.00 pagi untuk jualan sarapan pagi. Antara menu lain di sini, mereka turut menyediakan menu Roti Bakar dan juga air Cham Peng (air minuman campuran Teh dan Kopi) serta air Milo.

Untuk harga Kopi Peng Bintang ini, harganya RM2.00 bagi segelas (sejuk) dan RM2.50 jika dibungkus. Untuk Kopi Peng Panas, harga cuma RM1.50. Untuk Roti Bakar pula, hanya RM3 untuk setiap hidangan.
 

Kopi Peng Kopi Bintang Viral Di Penang

Kopi Peng Kopi Bintang Viral Di Penang

Kopi Peng Kopi Bintang Viral Di Penang
Kopi Peng Bintang RM2.00

Kopi Peng Kopi Bintang Viral Di Penang
 

Menu simple seperti Kopi Peng dan Roti Bakar seperti ini antara menu yang simple dan sinonim dengan menu sarapan masyarakat Cina di Pulau Pinang. Untuk yang tidak perlukan sarapan pagi yang berat, pengalaman untuk mencuba menu Kopi Peng Kopi Bintang Auntie Avelyin Ang ni antara aktiviti wajib cuba kalau ke Pulau Pinang.

Kalau hari minggu, ada banyak ruang parkir percuma sekitar kawasan Lebuh Noordin ini dan anda cuma perlu beratur untuk seketika bagi menikmati menu makanan hebat di Pulau Pinang ini.
&nbsp:

Kopi Peng Kopi Bintang Viral Di Penang
Review Kopi Peng Kopi Bintang Penang

 

Facebook Kopi Peng Kopi Bintang Auntie Avelyn Penang

Menurut rakan Cina MrJocko, kopi peng Kopi Bintang seperti ini mempunyai bahan-bahan seperti kopi dan campuran mentega untuk memberikan rasa lemak ke dalam minuman kopi seperti ini. Kalau korang pernah cuba Kopi Peng, pasti akan ada rasa berbeza dari kopi lain. Pastinya, MrJocko berani kata, Kopi Peng Ais seperti ini lebih sedap berbanding kopi di cafe terkenal di shopping mall.

Gerai ini dibuka pada jam 8.00 pagi dan biasanya akan di tutup sekitar jam 6.00 petang. Pastikan anda datang lebih awal atau bukan waktu puncak kalau tak nak beratur panjang.

Namun, kalau dah cuba air Kopi Peng Kopi Bintang yang Viral ini, pasti akan rasa berbaloi-baloi…

#KopiPeng #KopiBintang #KopiViralPenang

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.