Isu Penganjuran OCTOBERFEST Malaysia 2018

Hits: 146

OCTOBERFEST Malaysia 2018 sebenarnya dah lama viral dan panas saban tahun. Ini kerana wujud golongan yang ingin mempromosikan aktiviti OCTOBERFEST di Malaysia dan ingin menjadikan ia sebagai salah satu aktiviti tahunan. Namun, ada terdengar beberapa cakap-cakap yang mengatakan bahawa aktiviti Octoberfest Malaysia boleh menarik lebih ramai pelancong asing ke Malaysia.

Ramai yang membantah isu penganjuran OCTOBERFEST Malaysia ini adalah dari kalangan Orang Islam di Malaysia. Namun, jangan terkejut, ada juga beberapa orang yang Bukan Islam juga turut menyokong untuk membantah dari penganjuran Octoberfest Malaysia 2018 di adakan.

Isu Penganjuran OCTOBERFEST Malaysia 2018
 

octoberfest_malaysia_2018
 

MrJocko bukan kaki minum wain, liquir, beer, arak, todi, samsu dan seumpamanya. Namun dalam masa yang sama, faham, ramai rakan Bukan Islam, minum minuman keras tersebut kerana ia tidak menjadi halangan buat penganut agama Bukan Islam.

Namun, majoriti orang dewasa bersetuju dan mengakui bahawa kesan akibat Mabuk Minuman Keras ini memberikan banyak kesan buruk kepada peminumnya.

Di Malaysia, setakat hari ini, Kerajaan melalui pihak terlibat tidak mempunyai halangan kepada penganjur dalam menganjurkan aktiviti dan Octoberfest Malaysia 2018, selagi ia tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

Merujuk kepada kenyataan yang mengatakan Octoberfest di Malaysia boleh menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia, ia satu kenyataan yang MrJocko sendiri tidak setuju.

Ini kerana untuk menarik pelancong ke Malaysia, kita masih punyai banyak pilihan produk pelancongan yang boleh diketengahkan selain dari aktiviti meminum minuman keras yang pastinya punyai kesan sampingan yang agak buruk kepada pesertanya. Saya percaya, Pelancong datang ke Malaysia, bukan sebab minuman keras, tetapi kerana produk tempat menarik, budaya, makanan tradisi serta negara yang stabil.

Baca : Pandangan Peribadi MrJocko

Tambahan lagi, kita bukan negara pengeluar arak yang besar di Asia. Kita tidak punya ladang anggur dan produk arak yang menjadi pujaan orang bukan Islam. Thailand dan Filipina contohnya, mereka memang punyai produk minuman keras tempatan sendiri, berbanding kita Malaysia, hanya ada kilang Carlsberg, yang berasal dari Denmark.

Sebagai seorang Muslim, pasti MrJocko tidak setuju jika aktiviti meminum arak di Malaysia dilakukan secara terbuka dan besar-besaran. Namun, atas dasar kesaksamaan rakyat Malaysia, rakan yang bukan Muslim, boleh berbuat sesuka hari jika berada di dalam rumah, premis tertutup dan tidak melibatkan aktiviti minuman keras ini dengan orang Islam yang lain.

“Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” Petikan Surah Al-Kaafirun, yang mana MrJocko faham, untuk yang bukan Islam, itu agama kamu, buatlah selagi ia tidak mengganggu dan merosakkan agama kami Islam. Jangan paksa kami orang Islam, untuk mengikuti agama kamu. Masing-masing perlu hormat menghormati kepercayaan masing-masing.

Untuk ulasan dan pandangan yang lebih jelas, terang dan lebih betul, sila semak dengan Ustaz dan Ustazah bertauliah.

Baca Juga :

Berita Harian Octoberfest Mujahid

Free Malaysia Today

The Vocket Relevan Atau Tidak Octoberfest

Nota Kaki : Ini adalah pandangan Peribadi Penulis.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.