Pinang Peranakan Mansion Rumah Agam Mewah Cina Pulau Pinang

Hits: 183

Salah satu bangunan lama, dulunya rumah agam mewah milik Ketua Kongsi Gelap Cina, kini dijadikan satu destinasi pelancongan di Pulau Pinang. Kalau ke sini, pastikan anda singgah di Pinang Peranakan Mansion Rumah Agam Mewah ketua kongsi gelap Hai San Kapitan Cina Chung Keng Kwee (1821-1901) di Pulau Pinang.

Mengikut sejarah, bangunan ini didirikan oleh ketua kongsi gelap tersebut, Chung Keng Kwee sekitar tahun 1895, di tapak markas Kongsi Gelap yang dikenali sebagai nama Ghee Hin.

Pinang Peranakan Mansion Rumah Agam Mewah
 

pinang peranakan mansion

pinang peranakan mansion
 

Rumah ini juga boleh dikenali sebagai rumah Baba dan Nyonya, yang mempunyai persamaan antara Baba Nyonya di Singapura dan Melaka.

Rumah mewah ini sekarang dijadikan salah satu produk pelancongan di Pulau Pinang. Ini kerana binaan dalaman rumah agam Pinang Peranakan Mansion ini punyai keunikkan dan kecantikkan binaan bangunan yang sangat unik dan punyai sejarah tersendiri.

dari luar, tidak nampak sangat keunikkannya, namun apabila anda melangkah masuk ke dalam bangunan rumah agam ini, pasti akan terpegun. Ruang tengah rumah ini berbentuk empat segi, dengan corak di dinding dan pintu berunsurkan senibina Cina lama, memang sangat memukau.
 

pinang peranakan mansion

pinang peranakan mansion

pinang peranakan mansion
 

Di tambah dengan hiasan dalaman yang dikatakan masih lagi asli dengan banyak koleksi perabut lama, pasu antik, cermin lama, almari antik dan banyak lagi yang menarik minat pencinta seni.

Bangunan hadapan mempunyai bangunan setinggi dua tingkat dan mempunyai banyak tinggalan yang bernilai di dalamnya.
 

pinang peranakan mansion
 

Sebelah bahagian lagi ditempatkan pelbagai koleksi simpanan emas perhiasan lama yang berkaitan dengan bangunan rumah agam Pinang Peranakan Mansion ini. Bukan sahaja perhiasan emas yang bernilai Jutaan Ringgit, ada beberapa bahagian mempamerkan pakaian tradisional lama Masyarakat Cina dan peralatan mewah pemilik asalnya.

Lebih mudah kalau MrJocko katakan, ia kini lebih menyerupai seperti Muzium sejarah yang menempatkan pelbagai tinggalan mewah pemilik asalnya.

Baca : MrJocko dan Travel ke Penang

pinang peranakan mansion

pinang peranakan mansion

pinang peranakan mansion

pinang peranakan mansion
 

Harga Tiket untuk masuk ke Pinang Peranakan Mansion ini ialah RM20 untuk Dewasa dan Percuma untuk kanak-kanak berumur bawah 6 tahun. Ia beroperasi dan dibuka setiap hari bermula jam 9.30 pagi hingga jam 5.00 petang.

Untuk info lanjut tentang muzium Pinang Peranakan mansion ini boleh la jenguk di laman web ini http://www.pinangperanakanmansion.com.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.