Promosi Harga Murah JR Pass Travel Recommends Jepun

Hits: 259

Hujung tahun, musim ramai pergi melancong. Ada yang nak melancong ke Jepun? Ini peluang korang untuk dapatkan harga pakej JR Pass yang murah. Untuk julung-julung kali, ditawarkan Promosi Harga Murah JR Pass Travel Recommends Jepun untuk pakej pengangkutan JR seluruh negara Jepun. Maksudnya, satu pass yang korang beli, boleh digunakan di seluruh rangkaian JR di Jepun.

Seingat MrJocko, bulan Mac 2018 yang lepas ketika ke Osaka dan Tokyo, harga untuk JR Pass, belian Walk-in di Kaunter ialah JPY33,000 (MYR1222). Pass tersebut boleh digunakan untuk semua laluan syarikat JR termasuk keretapi laju, Shinkansen.

Promosi Harga Murah JR Pass Travel Recommends

promosi harga murah JR Pass Travel Recommends 01
 

Promosi kali ini, memberi penjimatan lebih RM100 untuk setiap tiket (Pakej Tiket JR Pass Seminggu).

Sebagai contoh, kalau sebelum ini, harga untuk JR Ordinary Nation Pass ialah MYR1140, harga kini cuma MYR1047 sahaja untuk tiket dewasa. Manakala tiket JR Pass Kanak-kanak cuma MYR534 sahaja. Ini adalah untuk harga tiket JR Pass seminggu (7 hari).

promosi harga murah JR Pass Travel Recommends
Senarai Harga Promosi JR Pass Jepun

Jika korang rancang nak pergi melancong lebih lama dan mahukan pakej yang lebih lama, saya syorkan beli pakej 14 hari, hanya MYR1671 untuk unlimited ride, tak kira naik shinkansen atau train JR biasa di seluruh negara Jepun. Wow!!! Sangat jimat!!!

Untuk anda yang terlepas baca review travel blogger Malaysia tentang Harga JR Pass Seminggu di Jepun, boleh baca entry pautan ini.

Sebab itu, banyak kali MrJocko kongsi, tips travel ke Jepun, pastikan anda beli JR Pass untuk perjalanan yang lebih jimat dan murah. Banyak untung kalau guna JR Pass di Jepun. Lagipun, penggunaannya lebih mudah dan cepat.

Harga yang ditawarkan adalah tanpa bayaran lain tersembunyi, penjimatan untuk pengangkutan awam JR dan juga ketenangan fikiran.

Bayangkan kalau anda nak travel dari Osaka ke Tokyo, atau nak teroka Tokyo ke Fukuoka, malah ada peluang untuk naik Shinkansen hingga ke Sapporo. Beli saja tiket murah JR Pass ini, boleh naik Shinkansen yang laju dari Tokyo ke Osaka cuma 2 jam sahaja, (berbanding bas 8 -10 jam) Osaka ke Fukuoka cuma 2 jam (berbanding bas sekitar 8 – 6 jam).

Untuk senarai harga promosi tiket murah JR Pass di Jepun, boleh lihat promosi terkini di Travel Recommends JR Pass.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.