Review Hotel Jen Penang By Shangri-La Di Komtar

Hits: 59

Hampir setahun tidak ke Pulau Pinang. Kali ini berpeluang untuk sertai Alpha Super Workshop 2018 bertempat di Georgetown, Pulau Pinang. Rezeki bersama dengan ramai Photographer hebat seluruh Malaysia. Untuk trip kali ini, MrJocko berpeluang untuk Review Hotel Jen Penang By Shangri-La Di Komtar. Antara sebuah hotel paling popular di Georgetown.

Hotel Jen Penang ini adalah salah sebuah daripada hotel yang bernaung di bawah kendalian jenama hotel terkenal dunia Shangri-La Hotel. Sudah pasti, ia mempunyai reputasi yang diyakini dan berpengalaman luas dalam industri perhotelan, khususnya di Malaysia.

Last ke Pulau Pinang ketika terima Awards dari Exabytes bulan Januari 2017.

Review Hotel Jen Penang By Shangri-La
 

hotel-jen-penang-by-shangri-la
 

Bercakap tentang lokasi, Hotel Jen Penang ini terletak betul-betul di tengah pusat bandaraya Georgetown. Paling senang untuk mencari lokasi Hotel Jen Penang ialah dengan memandu ke arah bangunan tertinggi di Pulau Pinang, iaitu Bangunan Komtar Penang.

Hotel Jen Penang terletak bersebelahan sahaja dengan bangunan Komtar Penang.
 

hotel-jen-penang-by-shangri-la

hotel-jen-penang-by-shangri-la
Bilik Twin Deluxe Hotel Jen Penang
hotel-jen-penang-by-shangri-la
Toiletories

hotel-jen-penang-by-shangri-la

hotel-jen-penang-by-shangri-la

hotel-jen-penang-by-shangri-la
Bilik Air

 

Kali ini, MrJocko berteman dengan seorang rakan dan ditempatkan di dalam sebuah bilik Deluxe Twin. Untuk harga biasa, bilik ini berharga sekitar RM299 untuk pakej 2 hari 1 malam termasuk sarapan pagi. tetapi untuk tempoh masa ‘peak season’ ia akan naik mengikut permintaan.

Kalau semak harga untuk hari biasa ‘weekday’ seperti tarikh 8 – 9 November 2018, harga untuk pakej 2 hari 1 malam di Hotel Jen Penang ialah bermula dari harga RM340. Boleh semak harga bilik di laman web rasmi Hotel Jen Penang atau nak buat perbandingan harga bilik, boleh ke laman web Trivago.com atau Booking.com.
 

hotel-jen-penang-room-rate
Hotel Jen Penang Room Rates Comparison

 
Hotel Jen Penang bertentangan sahaja dengan hotel baru di Pulau Pinang iaitu The Wembley A St Giles Hotel. Kedudukannya strategik yang mana senang untuk membeli belah di bangunan Komtar atau pun di 1st Avenue Penang.

Jarak hanya sekitar 10 minit perjalanan ke tempat popular di Pulau Pinang seperti Pasar Chow Rasta, Lebuh Armenian Arts Street dan banyak lagi.

Maklumat lanjut tentang promosi harga bilik terbaru di Hotel Jen Penang boleh kornag layari di laman web rasmi mereka di sini Hotel Jen Penang, Goergetown.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.