Taufan Trami Jepun Adakah Petanda Musim Bencana Di Asia

Hits: 250

Perancangan asal, ada kerja di Tokyo pada pertengahan bulan Oktober nanti. Tapi terpaksa batalkan trip ke Jepun. Hari Ahad lepas, kira-kira jam 8.00 malam waktu Jepun, Taufan Trami (Trami Typhoon) telah membadai bandar sebelah barat Osaka dengan kelajuan sekitar 216kmj atau sama dengan kelajuan 134mph. Taufan Trami Jepun ini adakah petanda Musim Bencana Di Asia?

Ribut dan taufan Trami di Jepun ini mengakibatkan banyak kemusnahan dengan menyebabkan banyak penerbangan dan keretapi terpaksa dibatalkan. Lebih dari 750,000 rumah sekitar Osaka terputus bekalan elektrik.

Taufan Trami Jepun
 
taufan trami jepun 2018
 

Setakat ini, sekurang-kurangnya 120 tercedera akibat Trami Typhoon di Jepun. Dan kalau nak tahu, Trami Typhoon ini melanda Jepun selepas taufan besar dalam sejarah Jepun selepas 25 tahun iaitu Typhoon Jebi yang melanda Jepun pada awal bulan September 2018 yang lalu mengakibatkan banjir dan beberapa kematian.

Pengalaman MrJocko dua kali merasai gegaran Gempa Bumi di Tokyo, sudah cukup panik. Bayangkan kalau korang travel ke lokasi yang mengalami bencana teruk seperti ini, pasti ada perasaan takut dan cemas.
 

taufan trami jepun 2018

taufan trami jepun 2018

taufan trami jepun 2018

taufan trami jepun 2018

Imbas balik bulan Julai 2018, gegaran lebih dari 6.4 kekuatan mengorbankan ramai penduduk sekitar Lombok. Ada pelancong dari Malaysia, turut terkorban akibat kejadian gempa itu.

Beberapa minggu sebelum ini, ada ribut kuat turut melanda China dan Hong Kong. Paling terkesan ialah Hong Kong. Taufan Mangkhut (Mangkhut Typhoon) menyebabkan banyak kemusnahan di pulau kecil itu pada pertengahan bulan September 2018.

Beberapa hari yang lalu juga, Gegaran kuat berlaku di Sulawesi dan mengakibatkan Tsunami yang turut mengorbankan nyawa rakyat Indonesia.

Tak sampai 3 bulan, sejak bulan Julai hingga ke September tahun ini, banyak kejadian bencana sekitar Asia. Adakah ini petanda musim bencana di Asia tahun ini akan semakin menjadi buruk? Semoga Allah

Jadi, untuk anda yang selalu kembara, sentiasa update dengan berita-berita seperti ini kerana ia mungkin akan memberikan kelebihan kepada anda semua. Kalau keadaan yang buruk, terpaksa batalkan niat kembara korang untuk seketika. Memang akan rugi, tetapi, kalau kehilangan nyawa atau bencana lain, lagi susah. Kan???

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.