Top 5 Cara Jimat Wang Untuk Travel Bagi Rakyat Malaysia

Sekiranya anda merancang percutian dengan melancong keluar negara dengan menaiki penerbangan, ini Top 5 Cara Jimat Wang Untuk Travel Bagi Rakyat Malaysia yang boleh anda fikirkan. Ia mungkin pernah anda dengar, ia cuma peringatan dan perkongsian kembali sebagai panduan bersama.

Berjimat dalam melancong bukan kerana kita kedekut. tetapi, cara jimat yang betul akan memberikan kita kelebihan untuk menggunakan wang lebihan tersebut untuk perkara lain, terutama untuk membeli belah.

Top 5 Cara Jimat Wang Untuk Travel Bagi Rakyat Malaysia

Top 5 Cara Jimat Wang Untuk Travel Bagi Rakyat Malaysia
 

1. Semak Cuti Umum Sebelum Menempah Tiket

Malaysia selalunya punyai banyak cuti umum untuk mereka yang nak travel dalam waktu yang lama, tetapi tak nak habiskan cuti tahunan. Ramai fikir, bila cuti umum, harga akan mahal. Tak semestinya. Kalau beli tiket penerbangan awal dan tempah bilik awal, harga jauh lebih murah. Jangan lakukan di minit-minit terakhir.

Jadi kalau nak jimat, rancang awal-awal. Bila. Rancang cuti anda dengan baik. Kadang-kadang, apply cuti 3 hari, tetapi dapat pergi bercuti selama 10 hari. Mesti puas kan?

Tips : Biasanya di Malaysia Cuti Umum, tetapi di negara yang kita nak pergi bukan Cuti Umum.

2. Buat Tempahan Tiket Penerbangan atau Penginapan Lebih Awal 3 hingga 6 Bulan.

Satu kajian oleh CheapAir mendapati harga tiket penerbangan biasanya lebih rendah pada masa itu. Ada kajian mendedahkan bahawa hari Selasa tidak selalunya hari terbaik untuk menempah tiket penerbangan anda. Sebaliknya, hari Ahad dan juga Isnin.

Tips : Khamis dan Jumaat juga adalah hari yang lebih murah untuk terbang. Pengalaman MrJocko sendiri beri penjimatan yang banyak kalau beli hari Khamis dan Jumaat. Cuma pastikan beli lebih awal.

3. Memilih CouchSurfing atau AirBNB dan Bukan Hotel

Yang ini, sangat sesuai untuk pengembara solo atau berdua. Atau lebih mudah dikenali sebagai Backpackers. Jika anda seorang pengembara bajet, maka penginapan Couchsurfing adalah cara terbaik untuk memastikan anda mempunyai tempat untuk tidur secara PERCUMA. Kalau nak selesa sedikit, cari AirBNB.

Tips : Baca Pengalaman MrJocko dan Menginap AirBNB di Australia

Untuk pengalaman menginap Couchsurfing, selain dari mempunyai tempat untuk tidur secara percuma, antara kelebihan lain ialah :
– Anda mendapat pengalaman sendiri bagaimana penduduk tempatan tinggal di negara yang anda lawati.
– Pemilik Couchsurfing, tuan rumah biasanya suka melancong. Dengan itu anda akan dapat bertukar banyak cerita perjalanan, tips apabila tinggal bersama mereka.
– Kebanyakan tuan rumah sangat baik hati dan mungkin akan menjadi ‘travel guide’ anda di sekitar bandar mereka sendiri.

4. Semak Kadar Tukaran Wang Luar Negara

Sebelum melancong, umumnya ramai antara kita akan pergi ke Mony Changer dan menukar wang di pusat Tukaran Wang tempatan. Namun ada beberapa negara, menawarkan kadar tukaran jauh lebih baik berbanding di Malaysia. Ada beberapa kali, pengalaman Tukar MYR kepada THB di Bangkok, jauh lebih baik berbanding kadar di Malaysia.

Tapi ingat, bukan semua negara. Kalau ke Vietnam, jangan nak tukar duir MYR kepada VND. Ia mungkin akan merugikan. Untuk tips ini, anda kena pandai semak sendiri.

5. Sentiasa Cari Pakej Promosi Diskaun Untuk Grab atau ERL untuk ke Lapangan Terbang

Umum mengetahui, harga tiket KLIA Ekspres dari KL Sentral ke KLIA dan KLIA2 agak mahal. Harga semasa tiket KLIA Ekspress ke KLIA dan KLIA2 ialah sekitar RM55 untuk dewasa. Namun, dengan ada promosi, anda boleh dapat harga murah, mengikut jumlah diskaun yang ditawarkan.

Itu kalau anda dari KL Sentral dan perlukan perjalanan yang cepat. Kalau mahukan penjimatan yang lebih mudah dan senang, boleh cari di Aplikasi Grab.

Okay, cukup la dulu Top 5 Cara Jimat Wang Untuk Travel Bagi Rakyat Malaysia. Ia mungkin memberi manafaat kepada anda yang nak travel lepas ni.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.