Tragedi Kapal Terbang Lion Air Terhempas

Hits: 1232

Awal pagi hari ini, kita dikejutkan dengan Tragedi Kapal Terbang Lion Air Terhempas diperairan Karawang, Indonesia. Pesawat Lion Air JT-610 ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa pada jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi. Sepatutnya, ia dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).

Sejak awal pagi lagi sekitar jam 7.00 pagi, sudah banyak akhbar rasmi samada di Indonesia dan Malaysia melaporkan bahawa kapal terbang malang tersebut dikatakan terhempas.

Tragedi Kapal Terbang Lion Air Terhempas

tragedi kapal terbang lion air terhempas
 

Berita awal tentang pesawat Lion Air yang terhempas ini boleh dibaca di pautan ini :

Utusan Malaysia 188 Dikhuatiri Maut Terhempas

Berita Harian Lion Air Terhempas

Astro Awani 189 Penumpang Dipercayai Terkorban

Namun, untuk berita sahih boleh semak dengan pihak berwajib, Bahagian Kerjasama dan Perhubungan Awam Perhubungan Udara Indonesia.

Setakat ini belum ada berita mengesahkan jika ada rakyat Malaysia terlibat dalam tragedi nahas pesawat Lion Air terhempas ini. Mungkin kalau ada yang nak tahu, boleh semak Wisma Putra, atau pihak Lion Air Group.

tragedi kapal terbang lion air terhempas
Gambar Fail B737 MAX 8 Registration no PK-LQP Pada Julai 2018
tragedi kapal terbang lion air terhempas
Dipercayai Bangkai Pesawat Lion Air

Punca kejadian belum dapat dipastikan. Dalam 13 minit sahaja selepas berlepas, ia mengalami masalah dan terputus hubungan.

Setakat hari ini, MrJocko tidak ada pengalaman terbang dengan pesawat Lion Air Group. Seingatnya begitulah, tak pernah rasanya.

Yang MrJocko tahu, pesawat jenis model Boeing 737 MAX 8 antara model yang paling laris jualan dan antara model terbaru yang diterima oleh Lion Air. Info tambahan mengatakan Lion Air menempah sebanyak 201 model Boeing 737. Namun setakat ini mereka menerima 13 pesawat yang mana 9 pesawat tersebut ialah Boeing 737 MAX 8.

Lion Air is the first commercial airliner to use Boeing 737 MAX 8.

tragedi kapal terbang lion air terhempas

tragedi kapal terbang lion air terhempas

tragedi kapal terbang lion air terhempas
Antara Waris Mangsa Nahas Pesawat Lion Air

Mungkin dengan berita tentang Tragedi Kapal Terbang Lion Air Terhempas ini akan membuatkan ramai penumpang takut sedikit untuk menaiki pesawat kapal terbang, lebih-lebih lagi penerbangan Lion Air.

Ya, MrJocko juga agak terkesan. Ada rasa takut dan seram untuk nak kapal terbang. Namun, seperti entry lama MrJocko mengatakan ‘Kapal Terbang antara pengangkutan paling selamat di Dunia’

Kalau nak mati, kat mana-mana boleh mati. InsyaAllah, selagi bukan ajal kita, kita akan selamat.

Salam Takziah kepada waris nahas pesawat Lion Air Jakarta ke Pangkalpinang. Semoga anda semua tabah dalam menghadapi dugaan ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.