Unboxing Earphones Sudio Niva Produk Audio Hebat Sweden

Mereka yang hargai waktu kerja yang fleksible, bebas dan ceria pasti sentiasa inginkan keseronokkan dalam tempoh berkerja. Sebab itu, secara peribadi, saya memang selesa berkerja dengan menggunakan Headphones dan Earphones, dengan harapan ia memberikan hiburan dan mengurangkan gangguan bunyi luar. Sebab itu, bila diberi peluang untuk Unboxing Earphones Sudio Niva Produk Audio Hebat dari Sweden ini, ia bagaikan satu peluang terbaik.

Sudio antara jenama yang begitu serius dalam menyediakan produk audio terbaik untuk pasaran dunia. Setiap model Sudio direka dengan teliti dengan keutamaan keselesaan pengguna. Cabaran jenama Sudio, ialah untuk menjadikan pengguna mereka menikmati hari menarik dengan bunyi audio jenama Sudio, yang akan menjadi teman bunyi yang elegan.

Unboxing Earphones Sudio Niva Produk Audio Hebat Sweden
 

unboxing earphones sudio niva

unboxing earphones sudio niva
 

Melihat kepada ‘packaging’ produk Sudio Niva ini sendiri, ia dibungkus dengan cara ‘premium’ untuk memastikan produk mereka dinilai dengan nilai yang lebih ‘mewah’. Di tambah dengan isi earphones di dalam kotak, ia sangat cantik dan menarik.

Untuk earphones Sudio yang pertama MrJocko, saya memilih untuk mencuba earphones model Sudio Niva, yang merupakan Earphones Tanpa Wayar (wireless earphones Sudio). Sebab, sebagai penulis blog travel Malaysia dan juga aktiviti lain, MrJocko agak aktif dan sentiasa bergerak. Earphone tanpa wayar memang pilihan terbaik.
 

unboxing earphones sudio niva

unboxing earphones sudio niva

unboxing earphones sudio niva
 

Baca : MrJocko dan Gadget

Model Sudio Niva warna putih menjadi pilihan, kerana ia nampak lebih senang di lihat. Lagipun rekaan luaran model Niva ini memang mengagumkan. Dibuat dari material yang tahan lasak, keras tetapi ringan dan selesa dengan telinga pengguna.

Untuk model Sudio Niva ini, ia senang dihubungkan dengan mana-mana Operating System (OS) samada Android atau iOS. Seperti MrJocko, menggunakan OS Android untuk smartphone dan iOS untuk komputer riba, sama-sama boleh dihubungkan dengan mudah dan ‘auto connected’ (untuk kali kedua dan seterusnya).
 

review sudio niva sweden

review sudio niva earphones
 

Nak tahu spesifikasi penuh Sudio Niva boleh layari laman web rasmi Sudio Niva Specs.

Setakat ini, ia dikatakan punyai ketahana bateri selama 3 jam 30 minit penggunaan, jika berterusan. Untuk penggunaan biasa, rasanya sudah cukup. Namun kalau bateri habis, ia boleh menggunakan Power Bank biasa untuk ‘charge’ peranti ini.
 

unboxing earphones sudio niva
 

Untuk anda yang berminat nak beli earphones Sudio Niva, boleh dapatkan diskaun 15% ke atas produk Sudio dengan menggunakan kod promosi ‘MRJOCKO‘. Beli di laman web original www.sudio.com/my. #sudio #sudiosweden #sudiomoments

Untuk tempoh waktu terhad, setiap pembelian produk SUDIO Sweden akan menerima PERCUMA Pack of 4 Swedish Design Coasters dan juga penghantara PERCUMA ke Malaysia.

Tunggu apa lagi, layari laman web Sudio Malaysia sekarang!!!

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.