Viral Gadis Dihempap Buai Kayu Di Pantai Terengganu

Hits: 123

Negeri Terengganu antara negeri di Malaysia yang mempunyai jaringan pantai yang panjang dan punyai banyak lokasi destinasi pelancongan terbaik di Malaysia. Namun, beberapa hari yang lepas, berita yang kurang enak didengar bila ada video Viral Gadis Dihempap Buai Kayu di Pantai Terengganu.

Semasa MrJocko berkunjung ke Kuala Terengganu bulan lepas, sempat singgah di beberapa pantai di Kuala Terengganu termasuk di Pantai Batu Buruk. Terlihat ada 2 buai kayu di dirikan di sini, di kawasan persisir pasir menghadap pantai dan Laut China Selatan. Cantik sekali.

Viral Gadis Dihempap Buai Kayu Di Pantai Terengganu
 

Viral Gadis Dihempap Buai Kayu
 

Memang ramai anak-anak dan pengunjung akan singgah bukan untk bermain buaian, tetapi untuk bergambar di buaian tersebut. Ia umpama satu tarikan untuk produk pelancongan di Terengganu.

Namun apa yang berlaku di Pantai Teluk Ketapang, kira-kira 16km dari Pusat Bandar Kuala Terengganu, amat merbahaya dan patut di elak. Buai kayu yang dinaiki oleh seorang gadis, terjatuh dan menghempap kepala.
 

Viral Gadis Dihempap Buai Kayu terengganu
Sumber Video Dermalina Othman
Viral Gadis Dihempap Buai Kayu terengganu
Sumber Video Dermalina Othman
Viral Gadis Dihempap Buai Kayu terengganu
Sumber Video Dermalina Othman

Posted by Dermalina Othman on Sabtu, 29 September 2018

Untuk mencari salah siapa, bukan masanya. Tetapi, untuk mengelakkan dari perkara ini berulang, kita semua sama-sama ada peranan.

Pihak berwajib, samada Majlis Bandaraya, Syarikat Swasta atau Persendirian yang membangunkan buai kayu seperti ini, haruslah turut bertanggungjawab dalam membuat penyelenggaraan yang baik terhadap struktur binaan yang mereka buat.

Ini antara satu masalah yang selalu berlaku di Malaysia. Penyelenggaraan, kurang dititik beratkan. Ramai yang menganggap, ‘maintenance’ memakan modal yang besar dan mereka tidak mahu menanggung kos tersebut. Sedangkan, binaan seperti ini, lebih-lebih lagi binaan tepi pantai yang tanah lembut serta buatan dari kayu yang punyai sifat mereput perlukan penjagaan yang sewajarnya.

Bayangkan, kalau yang terkena buai kayu tersebut adalah kanak-kanak dan ada kemalangan jiwa berlaku, semua yang terlibat, pasti akan menyesal tak sudah.

Cadangan saya, pihak yang nak bangunkan binaan seperti ini, perlulah mendapatkan kelulusan dari pihak majlis Perbandaran atau pihak berwajib dengan mementingkan aspek kualiti dan keselamatan.

Kalau tak mampu, JANGAN BUAT!!!

Sama-sama kita wujudkan persekitaran mesra pelancongan dengan menyediakan khidmat yang terbaik dan sama-sama menggunakan harta awam dengan penuh rasa tanggung jawab.

Selamat Melawat Negeri Terengganu.

Viral Gadis Dihempap Buai Kayu terengganu 05

Update : Katanya Buai Kayu di Teluk Ketapang ni sudah dirobohkan…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.