AirAsia X 11 Years Of Flying Long Haul Contest For AABC

Hits: 54

Berita baik buat rakan AABC (AirAsia Bloggers Community) yang ada Instagram dan Twitter, untuk informasi, AirAsia X sedang menganjurkan contest mudah sempena ‘AirAsia X 11 Years Of Flying Long Haul Contest For AABC’. Peraduan ini berlangsung sekarang sehingga 4 November 2018.

AirAsia X sedang meraikan Ulangtahun ke 11 penerbangan jauh (flying long haul) pada bulan November dengan menawarkan pakej harga murah sehingga serendah RM211* sahaja untuk satu perjalanan.

AirAsia X 11 Years Of Flying Long Haul Contest For AABC

AirAsia X 11 Years Of Flying Long Laul Contest For AABC
 

AirAsia X Berhad yang beroperasi sebagai AirAsia X, adalah sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang berpusat di Malaysia, dan sebuah syarikat saudara AirAsia. Ia memulakan operasi pada 2 November 2007 dengan perkhidmatan pertamanya diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia, ke Lapangan Terbang Gold Coast di Australia.

Rancang percutian korang untuk tahun 2019 bermula pertengahan tahun dari sekarang dan terbang jauh dengan beberapa penerbangan AirAsia X terpilih seperti keTaipei, Wuhan atau Chongqing hanya serendah harga tiket RM211* untuk satu perjalanan. Atau, terbang ke Jeju Island, Busan, Perth, atau Xi’an dengan harga serendah RM311* satu hala dengan tempat duduk biasa.

Lebih menarik, terbang dengan gaya ‘Boss’ dengan pakej harga promosi AirAsia Premium Flatbed dengan harga serendah RM611* satu hala.

Okay, ini peluang korang semua tempah tiket penerbangan anda dari sekarang sehingga 4 November 2018 di laman web www.airasia.com untuk tiket penerbangan bermula dari 1 Mei 2019 hingga 26 November 2019.

Jadi, untuk rakan AABC, ini peluang anda untuk menang hadiah dari AirAsia. Jangan malu, jangan segan untuk berkongsi berita baik ini di laman Instagram dan Twitter korang.

Kongsi gambar dan cerita tiket murah AirAsia long Haul ini di Instagram atau Twitter. Perkongsian yang kreatif dengan menggunakan hashtags #AirAsia and #AABC dari sekarang hingga 4 November bakal memenangi hadiah menarik ‘AirAsia Travel Pack’.

Apa tunggu lagi. Jom sama-sama kita kongsi. Semua informasi yang kita kongsi ini memberi manafaat kepada rakan-rakan lain yang tengah mencari tiket ‘AirAsia Long Haul’.

*Sila semak terma dan syarat AirAsia X 11 Years Of Flying Long Haul

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.