Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi Thailand

Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi

Hits: 1

Krabi bukan sahaja terkenal dengan pantai yang cantik. Tapi sekitar kawasannya ada banyak tinggalan khazanah hutan yang unik. Kawasan ini juga diberikan status Taman Negara yang dikenali dengan nama Than Bok Khorani National Park. Antara yang menarik di sini ialah Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi Thailand.

Kawasan taman negara disekitar perkampungan yang dikenali dengan nama Ban Bor Thor Pier ini antara lokasi popular pelancong luar negara. Ia bukan sahaja tawar aktiviti kayak, tetapi ada beberapa lokasi khazanah negara Thailand yang patut korang terokai.

Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi Thailand

Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi

Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi

Tips untuk ke sini, MrJocko cadangkan datang sekitar jam 12 tengahari. Singgah untuk makan tengahari dulu, kemudian teruskan aktiviti berkayak, atau datang jam 9.00 pagi, buat aktiviti Kayak, selepas itu tamatkan dengan makan tengahari. Sebaiknya sebelah pagi dan tengahari. Waktu petang, mungkin boleh teruskan perjalanan ke Pang Nga Island.

Waktu untuk singgah di sini meneruskan aktiviti berkayak dan menerokai sekitar Taman Negara Than Bok Khorani ini sesuai untuk sekitar 4-5 jam. Ini kerana selain berkayak, aktiviti melihat khazanah di Gua Batu Kapur di sini, sangat menarik.

Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi

Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi

Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi

Sungai di kawasan Ban Bor Thor ni agak panjang sebenarnya. Ia meliputi beberapa bahagian di taman negara ini dan menyusuri dari bukit bukit sekitar hingga ke laut di Krabi.

Selain dari sungai dan bukit bukau, di sini, pilihan untuk menu masakan Thailand juga boleh tahan. Selain Ikan Siakap, di sini terkenal dengan pilihan menu Ketam Nipah yang sangat sedap dan murah. Sebab tu, kalau singgah di Ban Bor Thor Pier, kena singgah waktu makan tengahari, boleh cuba menu Ketam Nipah.

Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi
Ready nak Kayak dalam Gua

Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi

Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi

Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi

Baca : MrJocko dan Aktiviti Ketika Melancong

Pengalaman berkayak di sini boleh dikatakan agak menarik. Ia satu pengalaman mudah sahaja sebab sungai di sini tidak berombak sangat dan sangat tenang tanpa gangguan bot atau sampan besar.

Pun begitu, ia boleh buatkan kita berpeluh untuk habiskan laluan sekitar 4km hingga 10km jika mampu.

Jika berminat, boleh layari link salah satu Travel Agent dan Operator yang menyediakan perkhidmatan Kayak di sini Oriental Escape Kayak Krabi

One Comment on “Aktiviti Kayak di Ban Bor Thor Krabi Thailand”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.