Big Headed Ghost Cave Tham Pee Hua Toe Krabi

Hits: 6

Than Bok Khorani National Park di Krabi ni ada banyak yang boleh korang teroka. Macam entry sebelum ni, selepas melakukan aktiviti Kayak, korang boleh terus singgah di Gua Hantu Kepala Besar, yang terletak di bukit kapur dalam taman negara ini. Ia lebih dikenali dengan nama Big Headed Ghost Cave Tham Pee Hua Toe Krabi.

Mengikut cerita, katanya kawasan ini telah didiami manusia sejak lebih 3000 tahun yang lalu. Ada beberapa bukti yang menyokong fakta tersebut, termasuk lukisan Kuno yang ditinggalkan di dinding gua dan di bahagian atas gua ini.

Big Headed Ghost Cave Tham Pee Hua Toe Krabi

Big-Headed-Ghost-Cave

Big-Headed-Ghost-Cave

Baca : Kayak di sekitar Taman Negara Than Bok Khorani

Kawasan gua ini dipelihara sebaiknya dengan mengekalkan keaslian yang ada. Ia merupakan gua batu kapur yang masih lagi terhakis, namun, thumbs up kepada pihak berkaitan dalam usaha memulihara khazanah negara Thailand ini.

Lokasi ini, menjadi antara tarikan utama pelancong dari Eropah, Jepun dan Korea yang nampaknya lebih berminat dengan aktiviti seperti ini.

Pakej untuk ke sini, kebiasaannya dimasukkan sekali dengan pakej Kayak dan juga Cave Tour. Harga pakej kalau tak silap bermula dengan harga sekitar THB1000 ke atas, mengikut pilihan pelancong.

Big-Headed-Ghost-Cave
Dalam Gua

Big-Headed-Ghost-Cave

Big-Headed-Ghost-Cave

Big-Headed-Ghost-Cave
Lukisan Kuno dalam Big Headed Ghost Cave

Ini antara lukisan yang menjadi pilihan pelancong kalau ke sini. Ia terletak di atas, umpama siling gua. Kalau nak dapatkan gambar yang cantik, kena guna kamera Zoom yang bagus.

Big-Headed-Ghost-Cave

Big-Headed-Ghost-Cave

Big-Headed-Ghost-Cave

Big-Headed-Ghost-Cave

Big-Headed-Ghost-Cave
Kayak di Big Headed Ghost Cave

Oh ya! ada juga informasi tambahan. Mengikut kata pakar, sebelum ini, air sungai boleh naik hingga ke dalam gua dan lebih tinggi jika ia berlaku hujan yang lebat dan berterusan. Ada kemungkinan, air sungai boleh melimpah hinggah ke atas dan menenggelamkan beberapa gua yang berada di lokasi yang lebih rendah.

Hingga sekarang, kalau korang singgah di Gua Hantu Kepala Besar ini (Big Headed Ghost Cave), ia masih lagi kelihatan basah dan berair. Berhati-hati bila berjalan sekitar gua kerana ada banyak tempat yang agak licin.

Pemandangan luar gua juga menarik. Ia masih lagi dipenuhi dengan pokok-pokok hutan renek dengan udara yang sangat segar.

Untuk informasi tambahan tentang Gua Hantu Kepala Besar ini, boleh layari Krabi Discovery Big Headed Ghost Cave

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.