Gadget Review Rekod Video Hyperlapse Guna Galaxy Note9

Photographer pasti akan senyum jika mereka ada gajet dan smartphone Galaxy Note9 ini. Kerja yang agak leceh, untuk rakam hyperlapse, kini jadi lebih mudah dan cepat dengan menggunakan smartphone sahaja. Kali ini, Gadget Review Rekod Video Hyperlapse Guna Galaxy Note9, salah satu fungsi terbaik Samsung #GalaxyNote9.

Video Hyperlapse Guna Galaxy Note9

rekod video hyperlapse galaxy note9

Apa itu Hyperlapse?

Hyperlapse ( juga dikenali sebagai walklapse, spacelapse, stop-motion time-lapse, moving timelapse) adalah salah satu teknik dalam fotografi ‘time-lapse’ merakam gambar dengan cara satu persatu, dan kemudian digabungkan menjadi video bergerak. Dalam bahasa yang paling mudah, hyperlapse dicapai dengan rakaman secara manual memindahkan kamera jarak dekat antara setiap rakaman.

Untuk informasi, filem pertama yang menggunakan teknik hyperlapse bermula pada tahun 1995.

video hyperlapse galaxy note9
Fungsi Hyperlapse Galaxy Note9

Untuk sementara ini, selepas lebih sebulan menggunakan smartphone Galaxy Note9, MrJocko mencuba pelbagai fungsi kamera yang ada. Fungsi hyperlapse, antara fungsi fotografi yang menjadi pilihan MrJocko.

Rakaman video yang dihasilkan dari ribuan rakaman gambar ini, kemudiannya diolah menjadi video yang laju, membentuk hasil video yang sangat menarik.

Untuk lihat video hyperlapse yang MrJocko rakam guna Samsung Galaxy Note9 boleh lihat di bawah ini :

Hyperlapse Activity
Lokasi : Outdoor, Siang

I've learned a lot from Sifoo Hyperlapse Hendrik Sulaiman. Kali ni nak try buat hyperlapse guna Smartphone Samsung #Hyperlapse #GottaHaveIt #GalaxyNote9 #LifeAsMrJocko

Posted by Rosmadi Shakri on Rabu, 7 November 2018

Hyperlaps awan ini antara yang menjadi favourite MrJocko. Ia merakamkan pergerakkan awam. Kalau dengan mata kasar, kita tidak akan dapat melihat pergerakkan secepat ini. Video ini memberikan kita sudut videography yang lebih menarik dimana awan berarak dan kemudian seakan hilang di atas sana.

Hyperlapse Awan
Lokasi : Outdoor, Siang

A W E S O M E C L O U D STaken with Galaxy Note9 Hyperlapse #GadgetReview #Hyperlapse #GottaHaveIt #GalaxyNote9 #LifeAsMrJocko

Posted by Rosmadi Shakri on Rabu, 7 November 2018

Hyperlapse Sunset
Lokasi : Outdoor, Malam

Terima Kasih atas semua Doa, Ucapan Hari Lahir, Bornday, Birthday etc. Abam Jocko tak mampu nak reply satu-satu. Semoga kita semua sentiasa dirahmatiNya,,, Amin,,, Kalau ada yg masih nak bagi hadiah, please hantar Kamera Sony A7, Samsung Galaxy Note9 dan Yamaha NVX. Thanks all!!!#Bornday #TerimaKasih #Hyperlapse #GalaxyNote9 #TravelBlogger #LifeAsMrJocko

Posted by Rosmadi Shakri on Khamis, 8 November 2018

Baca : Gadget Review By Travel Blogger

Bagi rakaman video hyperlapse, ia adalah berada dalam fungsi auto. Tekan sahaja. melainkan anda seorang professional, anda boleh pilih kelajuan rakaman piluhan seperti auto, 4X, 8X, 16x atau 32x. Ia antara fungsi yang akan memberikan video yang terhasil nanti, cepat atau lebih cepat dari pergerakkan biasa. Namun, sebagai pengguna biasa, untuk mendapatkan hasil yang menarik, guna sahaja fungsi Auto.

Setiap satu minit rakaman, ia akan menghasilkan 1 saat video. Jadi, menggunakan Tripod atau Monopod yang stabil amatlah penting untuk menghasilkan video yang tetap dan stabil. Sebaiknya, rakam selama 10 minit, untuk hasil video selama 10 saat.

Oh, jangan risau tentang storan kamera, untuk 128GB, ia memang cukup untuk anda rakam ribuan video Hyperlapse menggunakan Galaxy Note9.

Maklumat lanjut tentang smartphone terbaik 2018 ini, boleh layari laman web Samsung Galaxy Note9.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.