Gerai Mee Celup Sedap Dan Murah Selayang

Hits: 132

Lama dah tak kena Mee Celup. kalau di Kelantan, ada banyak pilihan Mee, Mihun dan Kueh Teaw Celup dengan harga yang sangat murah. Ada yang jual cuma RM1 semangkuk. Tapi, kalau di Kuala Lumpur, ada tak gerai jual mee celup murah? Jawapannya ada! Cuba singgah di Gerai Mee Celup Sedap Dan Murah Selayang.

Mee Celup antara menu ringan yang menjadi pilihan ramai peminat makanan atau foodie. Ada yang makan mee sebab kononnya nak diet, tak nak perut terlalu kenyang. Ada yang makan mee sebab nak alas perut dulu sebelum makan makanan berat.

Gerai Mee Celup Sedap Dan Murah Selayang

mee celup sedap dan murah selayang

Tak kira samada korang nak diet atau nak buat sekadar alas perut, menu mee celup antara menu yang cepat dan mudah. Lagi menarik, sebab kebanyakkan mee celup yang dijual, harganya jauh lebih murah dari harga mee sup dan mee goreng mamak.

Kalau korang berada di sekitar Selayang, cuba try dulu menu Mee Celup yang terletak dihadapan Kedai Eco RM2 Selayang. Lokasi gerai ini terletak betul-betul dihadapan pintu utama Kedai Eco R2 Selayang.

Gerai kecil sahaja, tetapi menu Mee Celup dia memang marvellous.

mee celup sedap dan murah selayang

mee celup sedap dan murah selayang

Ada piihan menu Mee Celup Ayam, Mee Celup Daging, Mihun Celup Ayam, Mihun Celup Daging dan beberapa lagi menu sampingan. Lebih menarik, kerana semangkuk Mee Celup di sini hanya berharga RM3.50 sahaja. Rasanya, memang sedap!!!

mee celup sedap dan murah selayang

Baca : MrJocko dan Food Review

Cara hidangan pun nampak ada stail sikit. Walaupun gerai tepi jalan, tetapi ia umpama menu makanan ‘street food’ yang memang patut korang cuba. Berbaloi dengan harga, berbaloi dengan rasa.

Kalau memandu kereta, kawasan parkir di sekitar ini agak terhad.

Untuk panduan korang yang kaki makan, foodie, kuat makan, food hunter, foodmania dan mungkin juga korang seorang Food Blogger macam Blogger Hebat Mahamahu, Ivy FoodMalaysia dan FollowMeToEat, atau yang mungkin nak cari kedai makan yang jual mee celup sedap sekitar Kuala Lumpur dan Selayang, boleh la ke destinasi ini. MrJocko kongsikan dengan pautan Google Maps :

https://www.google.com/maps/place/[email protected]+Selayang/@3.2447411,101.6526149,20z/data=!4m8!1m2!2m1!1skedai+eco+rm2+near+Kuala+Lumpur,+Federal+Territory+of+Kuala+Lumpur!3m4!1s0x0:0x8fdb114a5aa5d2f6!8m2!3d3.2447564!4d101.6528141

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.