GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pembuat Long Tail Boat Miniature Di Krabi Hua Thong

Long Tail Boat (Bot Ekor Panjang) sangat popular di Thailand. Boleh dikatakan long tail boat Thailand ini terkenal serata dunia. Lihat sahaja, ramai akan kenal, ia bot dari Thailand. Mungkin sebab itu, ada usaha dari Pembuat Long Tail Boat Miniature Di Krabi, di kawasan kampung Nelayan Hua Thong.

Hua Thong Miniature Boat Group adalah antara kumpulan yang aktif dalam membuat bot kecil yang menyerupai Long Tail Boat di Thailand ini. Mereka mempunyai perusahaan kecil di kawasan Hua Thong ini sebagai kilang kecil di mana ada beberapa orang yang kerjanya menyiapkan bot miniature untuk dijadikan produk cenderahati.

Long Tail Boat Miniature Di Krabi Hua Thong

Long Tail Boat Miniature Di Krabi Hua Thong

MrJocko sempat berpeluang singgah sekejap ditempat di mana mereka menyiapkan kerja membuat long tail boat miniature di Ko Klang ini. Kilang kecil berserta kedai jualan ini tidak besar mana, tetapi, usaha mereka untuk mengekalkan produk cenderahati kraf seperti ini, patut di puji.

Long Tail Boat Miniature Di Krabi Hua Thong

Long Tail Boat Miniature Di Krabi Hua Thong

Long Tail Boat Miniature Di Krabi Hua Thong

Long Tail Boat Miniature Di Krabi Hua Thong

Yang masih aktif dalam membuat produk seni kraftangan ini ialah En Somboon Mankha. Beliau adalah anak kepada salah seorang pembuat long tail boat terkenal di Ko Klang pada zaman dahulu, Matdap Mankha, yang mempunyai lebih 50 tahun pengalaman membuat bot ekor panjang di Krabi.

Hingga kini, kumpulan yang membuat long tail boat miniature ini mesti mempunyai seni pembinaan bot, ketekunan, tekad dan kemahiran dalam kerja mereka. Ini kerana untuk memastikan supaya tradisi dan tinggalan kemahiran ini akan berterusan.

Baca : MrJocko dan Cuti Cuti Thailand

Long Tail Boat Miniature Di Krabi Hua Thong
Long Tail Boat Miniature

Harga untuk satu bot mini kecil sekitar THB500 hingga ke THB2500. Untuk saiz yang lebih besar dan lebih halus hasil kerjanya, ia dijual dengan harga sekitar THB3000 hingga THB10000, mengikut tempahan dan juga pilihan pelanggan.

Kebiasaannya, untuk bot ekor panjang saiz kecil, ia boleh disiap dalam masa sehari, tetapi untuk saiz yang lehib besar dan lebih kualiti, ia memakan masa sehingga 2 hingga 3 minggu.

Kalau nak cari produk kraftangan long tail boat miniature cantik seperti ini, sudah pasti boleh ke Ko Klang Krabi. Kat sini, harga yang dijual jauh lebih murah.

Untuk pengalaman ini, terima kasih kepada Tourism Authority of Thailand Kuala Lumpur

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.